Zubaile Abdullah
Zubaile Abdullah
20 years
1372 views

Kenapa Melayu Muslim Macam Ni ? Siri Satu

Maafkan saya jika pandangan saya ini mampu menganggu situasi sahabat-sahabat... Semoga sahabat-sahabat dapat membaca pandangan ini dengan hati yang tenang... insyallah...

Sahabat...

Setujukah sahabat jika dikatakan yang kebanyakan orang melayu adalah pemalas. dan negatif.. malas berfikir dan malas untuk memajukan diri dan negatif terhadap perniagaan MLM... mereka lebih senang untuk mengulangi sejarah perjalanan datuk nenek moyang mereka dahulu... kerja...kerja... kerja... bukan kerja untuk...
13 comments
Share this post

Comments (13)
mohd
assalamualaikum
20 years
Zubaile Abdullah
Khas Buat Akak Matahari...

Assalamualaikum....

Nak Start Dari Mana Pun Tak Tau Ni..But Terkilan Sangat Sebab Belum Apa-apa Dah Dikatakan Bacul...

Akak Matahari Pernah Terluka Ke Dengan MLM ? Biarlah Saya Mulakan Dengan Jualan Lansung. Jualan Langsung Merupakan Penyumbang Pertumbuhan Ekonomi Negara Dan Telah Dikategorikan Sebagai Komponen Terpenting Dalam Industri Pemborongan dan Peruncitan. Merupakan Perniagaan Yang Paling Pesat Pertumbuhannya Hingga Dijadikan Sebagai Satu Industri Iaitu Industri Jualan Lansung (Kenyataan Dato' Shafie Afdal Dalam Majalah Frontline Edisi 18, Majalah Terbitan Usahasama Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur Dengan Akademi Frontline Sdn Bhd.) Pada Tahun 2004 IJL Telah Menyumbang RM 4.2 Billion Kepada Pendapatan Negara Melalui Cukai Yang Dibayar Oleh Pemain-Pemain Industri Ini. IJL Terbahagi Kepada 2 iaitu: 1. Jualan Pintu Ke Pintu Dan 2. Jualan Secara Pos. Jualan Pintu Ke Pintu Pula Terbahagi Kepada Dua Iaitu: 1. SLM-Single Level Marketing Dan 2. MLM-Multilevel Marketing. Contoh-contoh SLM ialah Avon, Tupperware Dan Banyak Lagi Iatu Syarikat Melantik Pengedar / Ejen Tetapi Ejen Tidak Boleh Melantik Ejen Baru. Lupa Pulak..Contoh Syarikat Yang Jalankan Perniagaan Secara Pos Ialah Reader Digest, Alaf 21. Creative Enterprise Pula Menjalankan Perniagaan Secara Pos Dan SLM.

MLM yang diasaskan oleh Dr. Karl Ramburg (1940-an) merupakan perniagaan yang melenyapkan pemborong, peruncit dan pengiklan komersil. Iklan mengenai produk disampaikan secara lisan oleh individu yang (Dah Lupa Nak Type Huruf Besar) kemudiannya tersebar melalui perkongsian dan saranan terhadap produk dan perkhidmatan yang telah mereka gunakan kepada orang yang mereka kenali.

"Mengkayakan Orang Atas" adalah merupakan satu statement yang betul tapi bukan downline yang kayakan orang atas, atas itiasiatif upline memperkenalkan / mempromosikan produk, syarikat yang bayar komisen kerana usaha itu.

Kalau nak cerita kayakan orang atas,beli kat kedai runcit pun kayakan orang atas, kerja kat opis pun kayakan orang atas dan yang sebenarnya kayakan orang atas dari duit downline tu bukan MLM tapi SCK atau skim cepat caya (siapa masuk dulu dia kaya) atau Skim Piramid yang lebih mementingkan penajaan (Taja Orang Dapat Duit) Bukan Penjualan Produk / Promosi Produk.

Lapis? Kek Lapis? Dalam MLM tak Kira Lapis Ke Tujuh Ke Lapis Ke Seratus Ke Asal Kita Berusaha, Jujur Dan Istiqomah Kita Yang Dapat Lebih. Man Jadda Wa Jadda, Siapa Yang Usaha Dia Yang Dapat. Ada Yang Nombor Keahlian Dia 001 Tapi Bonus Baru Ratus-ratus Tapi Ada Yang No Keahlian Dia 1000 Bonus Cecah 5 Angka (Rujuk Majalah Usahawan Sukses Julai-Ogos 2004 M/S 61-62, Kalau Nak Saya Ada Bagi Jer Alamat Saya Pos Free Je- Ada Satu) Jangan Rujuk Majalah Mangga, URTV Dan Sebagainya

MLM dah Banyak Sangat ? Memang Banyak Ada Hampir 800 Syarikat Tapi Yang Melayu Punya Dalam 50 Jer.Dah Ramai Orang Jadi Ahli ? Memang Dah Ramai, Tapi Ramai Lagi Rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Australia Yang Tak Jadi Ahli..Akak Tak Jadi Ahli Mana-mana MLM Lagikan...

Produk Mahal ? Yang Pergi Beli Kat Syarikat Yang Tawarkan Harga Mahal Tu Buat Apa ? Kan Ada 800 Syarikat, Contoh Syarikat SURECO, Produk Dia Sama Nilai Je Dengan Produk Bukan MLM, Pastu Dapat Bonus Lagi, Ada Tanda Halal Lagi...Syarikat 100% Bumiputera Melayu Islam Lagi (Ada Bumiputera Tak Islam & Melayu Pun Dah Ramai Murtad Sebab Tu Saya Letak Melayu Islam). Sebenarnya dalam apa-apa perniagaan Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Membenarkan Harga Produk Sehingga Lima Kali Harga Kos So Jadilah Pengguna Bijak. Lupa Lak Nak Beritahu, Minyak Pelincir Kenderaan SURECO paling murah antara minyak-minyak lain.

(Jangan Pula Kata Kualiti Rendah Sebab Minyak Branded Pun Di Blend Di Syarikat Ni..So Product Wise Tu Ada) Dan Kalau roduk MLM Ni Mahal Sikit Jangan La dibanding dengan produk paling murah kat market. Contoh Ubat Gigi SURECO..Sebab Dibuat Dari Batu Kapur (Halal) Sedangkan Ubat Gigi Kat Market Tu Mungkin DHP (Murah sebab DHP tu Tepung Tulang Binatang, Carila Logo HALAL Kat Kotak Atau Telepon La JAKIM Tanya Status Ubat Gigi Yang Ada Kat MArket Sekarang Ni..Slain Najwa, Safi, Kohilal Dan Ada 2-3 Jugak Yang Memang Ada Logo Halal) Lupa lagi..Pasal Moneyback Guarantee, Semua Syarikat Yang Terlibat Dalam Industri Jualan Lansung Mestilah Mematuhi Akta Jualan Lansung 1993 yang mana salah satu peruntukkannya ialah jika pelanggan tidak berpuashati dengan kualiti barang yang dijual, pelanggan berhak mendapat wangnya kembali sepenuhnya. Ada lagi la aturan-aturan lain yang memang menjaga pengguna kerana bisnes ni bukan bisnes main-main, ada akta nya.

Term Orang Atas Orang Bawah Tak Diguna Dalam MLM Sejati...Kami Panggil Rangkaian Kerana Sama-sama terlibat dalam bisnes sama-sama nak majukan diri, sama-sama nak kongsi kebaikan. Orang Atas Orang Bawah Tu Kat Opis-opis Jer..

Meniaga Dengan Cara Betul macam bukak gerai tepi jalan tu agak-agaknya berapa modal yek? Rasanya RM 200 Tak cukup, but dalam SURECO RM 500 untuk beli produk dan jual balik dah cukup..kalau tak laku dalam masa 10 hari boleh pulangkan balik..

Mengenai orang kaya tu, ramai dah kaya join mlm and kalau akak matahari nak reference and jadikan ikutan (ye la kita mesti ikut orang yang berjaya kan) saya boleh tunjuk, tapi boleh bagi exact location akak matahari tak (selain wilayah celcom) sebab maybe kat area akak ada usahawan sureco yang berjaya.

lagi satu ikutlah kata-kata menteri sumber manusia (Fong Chang Onn), menteri pembangunan usahawan & koperasi (Khaled Nordin) dan Safiee Afdal (KPDNHEP) yang menyeru rakyat malaysia menyertai jualan lansung terutamanya melayu (safiee afdal)...Belek la paper bulan jun, lawatla laman web, bacalah buku-buku..

Dengarlah kaset / cd dato' dr fadillah kamsah, "usahawan cemerlang" -Orang Sibuk Buat Duit, Kita Sibuk Buat Alasan..(Dalam Kaset Tu Jugak Ada Perihal Downline, Leader, Upline, Rangkaian, Prospek- Term Biasa Dalam MLM)

berbicara dengan fakta bukan dengan emosi.
20 years
ahmadfares
MALAS ada pada semua orang. Ada pada semua bangsa.

Sebaik-baik MALAS ialah MALAS YANG PRODUKTIF. Dan sebaik-baik RAJIN ialah RAJIN YANG PRODUKTIF.

Hakikat yang tidak boleh di nafikan ialah tidak semua orang minat / pandai berniaga. Tidak semua orang usahawan. Tapi semua orang perlukan sumbar pendapatan.

Kita bekerja untuk dapat sumber rezeki iaitu pendapatan. Samada buat kerja berniaga atau kerja makan gaji.

Berniaga tidak menjadikan kita kaya. makan gaji juga tidak menjadikan kita kaya.

Apa yang buat kita KAYA ?....Kebijaksanaan menguruskan wang / sumber.

Apa itu MAJU ? Kenapa dikatakan orang Melayu belum MAJU ? Adakah kerana masih ada orang Melayu miskin ? Bagaimana pula dengan orang Melayu korperat mewah di sekirar Klang Valley ?

MAJU ini di lihat dari sudut mana ? Dari kaca mata apa ? Adakah dari kaca mata SEKULAR atau dari kaca mata ISLAM ?

Bila di sebut perihal MAJU, terus kita kaitkan dengan soal persaingan / perbandingan ekonomi.

Bagaimana dengan tahap MAJU kita sekarang ? Maju biasa-biasa atau maju yang ketinggalan ? Di tinggalkan oleh siapa / apa ? Dan tidakkah kita juga ke hadapan di kalangan negara-negara membangun ?

Bagaimanakah Rasulullah membawa kemajuan kepada dunia ? Apakah nilai kemajuan dalam Islam ? Bandingkan dengan kemajuan sekular & nilai kemajuan yang mengikut sekularisme.

ASAS atau TERAS kemajuan umat Islam ialah pada AKHLAKNYA.
20 years
mAtA haRi
melayu tu satu hal la ... melayu nak kutuk melayu akak tak kisah sgat ... tu ... the word MUSLIM tuh.... becareful menggunakan nya ye dekkkk

Never tickle a sleeping dragon ... Believe me, you are not going to love it ...
20 years
salopet
herm...hebat perbahasan korang pagi nie..

tajuk, perniagaan ala MLM...

kata2 macam...org melayu tak moh usaha, buta...malas...memang selalu makcik dengar dari mulut org2 melayu sendiri yg bisnesnyer maju dan berjaya...apatah lagi dalam MLM macam nie. dan kiter yg dok dengar masa tu...memang ade rase semangat gitu...

bila mereka dah berjaya, mereka pandang org yg tak berjaya tuh..konon malas usaha....HERMMM...tak kan nak kaya dan berjaya dalam kehidupan hanya dengan menyertai MLM....

setua ini lah makcik...byk pengalaman dalam menyertai MLM nie...cara kiter nak melariskan barangan, menarik sedara mara dan kawan jadik down line...gara2 kiter TAK MALAS dan terajin nak kan kejayaan...lantas, bila org tgk kiter jerk...org takut. takut kena masuk MLM dan takut kena beli barang.

hermmm...itu lah pulak kiter org melayu....bila dah keatas...senang2 pulak menuduh org melayu yg miskin atau tidak berjaya dalam hidup, malas dan tak mahu berusaha...

so...di mane kiter sebenarnyer org melayu....PIJAK MEMIJAK..SEKEH MENYEKEH...sesama sendiri....

wasalamm.



dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
mAtA haRi
iezan ...

betul cakap iezan tu ... tapi ..

ramai yg setuju .. pengguna bijak adalah pengguna yg berbelanjan utk sesuatu barang yg harganya sesuai dengan kualiti ... n what do u mean with KEMUDAHAN, KEUNTUNGAN dan BERMACAM2 lagik tu???

para 2 : ayat tu tak ada salahnya ... tapi Tuhan bagi AKAL dek ....untuk nilai baik dan buruk ...

para 3 : barang2 dia mahal pun bersebab,bukan main sesuka ajer dia letak mahal2..cuba akak kaji balik,naper mahal..jgn akak main ckp ajer mahal,..org selalu dgr dr org lain tanpa mengkajinya terlebih dahulu,tanpa mendalaminya terlebih dahulu.....

- well.. memang la mahal ... sebab profitnye nak dibagi2 hingga lapisan kebarapa ratus tu ... ade setengah MLM pulak.. kalau this certain level .. beli dgn this certain harga .. but this certain level .. u can get even lower price ...

para 4 :

selama ni pun kiter beli kat luar menguntungkan org atas,tuan punya kedai tu..kiter dapat ape dr mereka..malah semakin hari mereka semakin berkkembang..

- kita bayar .. kita dapat barang yg kita bayar .. n some store .. they offer money back guarentee n what not .. nsurance or what ever .. kat sini la nak tengok pengguna bijak or not .. tahu atau tidak hak dia ... sebagai pengguna ...

para 5 : dekat malaysia ni ader lebih kurang 700 syarikat MLM..memang banyak tapi yg di daftarkan oleh kerajaan, yg betul2 sah dan diiktiraf hanya 15 ajer...

sebelum kiter menyertai sesebuah syarikat tu,penting kiter kena tau latar belakang sesebuah syarikat tu..setiap MLM memang bagus, tapi kena kaji adakah dia ok untuk kiter..adakah dia mengkayakan org atas..semua tu kena tau..

- simple je dek ..kalau tak kayakan org atas .. kenapa kite nak susah payah carik ORANG BAWAH?????



Never tickle a sleeping dragon ... Believe me, you are not going to love it ...
20 years
mAtA haRi
yerp .. betul tu ita ...

Never tickle a sleeping dragon ... Believe me, you are not going to love it ...
20 years
cik iezan
assalamualaikum..sebenarnya akak matahari tak faham..akak kena faham..

kalo akak tak join mana2 mlm pun akak tetap menggunakannya..betul tak..??

pengguna bijak yg di maksudkan tu..yg selama ni kiter berbelanja kat luar tak dapat ape2pun,tp kali ni kiter berbelanja bijak,dapat kemudahan,keuntungan..dan bermacam2 lagilah..

tak kirelah kalo kiter di lapisan yg ke berapa ratus pun yg penting kalo kite rajin berusaha,kite pasti dapat..Allah sendiri pun menggalakannya umatnya berusaha menuju kejayaan.kalo tak usaha ta dapatlah..betul tak..???

barang2 dia mahal pun bersebab,bukan main sesuka ajer dia letak mahal2..cuba akak kaji balik,naper mahal..jgn akak main ckp ajer mahal,..org selalu dgr dr org lain tanpa mengkajinya terlebih dahulu,tanpa mendalaminya terlebih dahulu.....

selama ni pun kiter beli kat luar menguntungkan org atas,tuan punya kedai tu..kiter dapat ape dr mereka..malah semakin hari mereka semakin berkkembang..

dekat malaysia ni ader lebih kurang 700 syarikat MLM..memang banyak tapi yg di daftarkan oleh kerajaan, yg betul2 sah dan diiktiraf hanya 15 ajer...

sebelum kiter menyertai sesebuah syarikat tu,penting kiter kena tau latar belakang sesebuah syarikat tu..setiap MLM memang bagus, tapi kena kaji adakah dia ok untuk kiter..adakah dia mengkayakan org atas..semua tu kena tau..
20 years
Itaarissa
saya pernah join MLM dan dah pernah jumpa org kaya tersebut.....tp saya tak seyakin dan setabah dorang......

upline saya dulu kawan abang...tp yg pasti kami tak baper ssuai dgn bisnes tu kot.........

saya tak baper minat ngan produk...saya minat bukak nursery atau tadika.....sesuai ngan jiwa pompuan.....

p/s; jika kita join bisnes sbb nak kaya jer.....erm kita mungkina kan jd tamak...tp kalu bisnes as ibadah...insyaAllah.....u will survive......
20 years
mAtA haRi
haha ... berniaga dengan cara yg betul la ita ... kok modal kecil .. bukak gerai tepi jalan dulu .. pastu amik katering ... buat dapur masak belakang umah .. dah maju .. beli kedai .. bukak kedai ... dah maju lagik .. bukak kilang .. insya allah ....

errrr... sape ye .. org kaya malaysia yg kaye sebab join MLM??? masuk dalam top 20 ke .. anybody can give me a name??? and a reference too?

Never tickle a sleeping dragon ... Believe me, you are not going to love it ...
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.