Wan Kasmah Daud
Wan Kasmah Daud
20 years
1435 views

Memanfaatkan Harta Sebaik-baiknya

....

Hadith :

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang diberi suatu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya.”

Huraian

1. Harta sebagai salah satu amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat manusia haruslah disyukuri dengan cara membelanjakannya di jalan yang diperintah oleh agama. Itulah bekalan amalan yang a...
2 comments
Share this post

Comments (2)
Wan Kasmah Daud
fifi .....rumahtangga adalah gelanggang bagi melahirkan individu-individu yang terdidik dengan Islam. Apabila individu-individu telah terdidik, mudahlah mereka ditadbir, diperintah atau dicorakkan mengikut Islam. Allah berfirman yang maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka." - At Tahrim: 6

Memelihara diri dan ahli keluarga daripada api Neraka bermakna mengamalkan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala tegahan- Nya. Atau dengan kata lain, menegakkan hukum-hakam Allah. Jadi, Allah memperingatkan umat Islam supaya melihat ke dalam diri dan ahli keluarga masing-masing. Pastikan bahawa tidak ada sesuatu pada rumahtangga yang boleh menyebabkan diri dan ahli keluarga terhumban ke Neraka.

Jadikanlah rumahtangga sebagai sebuah gelanggang kecil, di mana suami ibarat ketua negara, isteri sebagai menteri manakala anak-anak sebagai rakyat jelata. Rumahtangga Islam akan lahir apabila suami menjalankan tanggungjawab dengan baik; isteri taat, menjaga meruah dan berwatak pendidik; dan anak-anak menurut kata serta berakhlak.

Sebagai pemimpin, suami bertanggungjawab memastikan ahli-ahli keluarganya (anak isteri) tidak melanggar hukum-hakam Islam. terlebih dahulu, suami mesti mengajar ilmu fardhu ain kepada anak isterinya, dan kalau dia tidak mampu, dia wajib menghantar mereka belajar dengan guru yang dipercayai. Sudah tentu, si suami itu sendiri mesti mengetahui sekurang-kurangnya asas ilmu fardhu ain yang meliputi bab aqidah, syariat dan akhlak.

Suami sendiri tidak banyak bergelanggang di dalam lingkungan rumahtangga kerana dia adalah milik masyarakat. Tetapi dia mesti menetapkan dasar-dasar, memberi panduan-panduan yang jelas dan membimbing anak isterinya ke jalan yang diredhai Allah. tegasnya, dia bertanggungjawab melahirkan suasana Islam di dalam rumahtangganya.
20 years
fifi
kak wan

anak anak juga adalah harta

jadi bagaimanakah agaknya nak memanfaatkan anak anak sebagai harta tak ternilai?
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.