Administrator
Administrator
20 years
1557 views

Haa....anak aku??

Tujuan saya bercerita masalah rumahtangga di forum ni adalah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat bagi meringankan beban yang saya tanggung. Alhamdulillah, semua pandangan dan nasihat meniupkan semangat baru kepada saya.

Ia juga menyedarkan saya bahawa suami saya tidaklah sejahat mana, ada lagi yang lebih jahat. Ada suami berzina untuk suka-suka walaupun isteri relakan dia kahwin. Ada suami yang kahwin lagi waktu isteri tengah berpantang anak pertama.

Tentang menghampiri zina tu, suam...
13 comments
Share this post

Comments (13)
en. dzul
semoga berbahagia selama lama lama lama lamanya (infiniti) dalam syurga Allah nanti... amin.... kebahagiaan di dunia adalah kebahagiaan yang sementara... dan kekecewaan di dunia juga adalah kekecewaan yang sementara...
20 years
Administrator
ya muliani....yg lepas jgn dikenang....tutup buku lama....buka buku baru....dekatkan diri pada Allah sentiasa....baru hati jadi lapang dan tenang.

hidup ini seperti roda... kadang di atas, kadang di bawah... semuanya menguji sejauh mana pergantungan kita padaNya..
20 years
muliani
Alhamdulillah..bahagianya dapat kembali semula bersama orang tersayang...moga berkekalan hingga kehujung nyawa...

Alangkah bahagianya saya andai dpt juga kembali hidup bersama dia spt dulu...tanpa org ketiga..

Anyway, yg lepas jgn dikenang...tumpu pada yg mendatang agar kesilapan lalu jadi pengajaran...
20 years
Administrator
kpd yleadh....susahnya nak spell nama hang nih....maaf diterima....

Oh, just to inform everyone, saya dah rujuk semula dengan suami. Tak terhingga rasanya syukur saya kepada Allah saat saya melafazkan "Saya terima rujuk abang". Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar....
20 years
yleadh
errr.. nor.. ana nak minta maaf gak.. kalau ana ada tersalah anggap dan berburuk sangka pada anta..

"Udep Sare Mati Syahid"
20 years
yleadh
tu di kata dah terhantuk baru tengadah..

tapi selagi kita tidak ditimpakan ujian tepat ke batang hidung sendiri , selagi itulah kita merasa 'selamat'.. iyelah seperti kata nor tu, kena kat org lain, bukan aku..

tapi kalau rasa persaudaraan tu tebal dalam diri kita, setiap muslim kita anggap saudara dan sahabat kita, maka disitulah akan terasa juga peritnya pada kita.. seolah olah penderitaan itu kita rasai juga.. walhal memang kita disuruh mengambil iktibar dari apa yang berlaku, sekiranya kita berfikir..

berbalik pada kes cik nor ini, memanglah ia satu ujian buat anda, ingatlah, lain orang, maka lain le pulak ujian yang akan mereka terima, hanya cara bagaimana je mereka menghadapinya.. kalau mereka redha dan mengambil tindakan positif, maka merekalah org yang berjaya.. sebaliknya jika tindakan negatif yang mereka ambil, maka sesungguhnya rugilah mereka..

takkan kita lihat org org lain lebih beruntung dari kita, melainkan semua manusia ada memiliki masaalah masing masing..

"Udep Sare Mati Syahid"
20 years
zairy72
i'allah kak nor..saya doakan kak nor dan hubby berbaik2 semula demi anak anak2..sayang dah anak 4 nak pisah nanti time raya sedih je anak bertanya mana mak mana ayah...
20 years
Administrator
akak dah maafkan ita pun....biasala akak pun muda dulu.....bersemangat bila mengeluarkan pendapat.

to muliani and as a reminder to myself, being divorced is not the end of the world.... concentrate on your job and children.... with Allah's bless, you will find the true happiness at last.... u know what, women are much stronger than men, if not Allah won't create us as mothers to men.
20 years
muliani
a'kum..

saya juga alami kehidupan spt yg kak nor dah lalui.cuma jodoh kami x panjang, dah hampir 2 thn kami bercerai..anak2 d bwh jagaan saya. Alhamdulillah bekas suami masih memberi nafkah anak2 sekadar yg dia mampu. kami kini hidup bersederhana.

kak, suami sy dulu pun terleka dgn tipu daya perempuan..hingga hilang pertimbangan..tergamak membawa pulang kerumah perempuan tersebut dan beradegan tak sepatutnya di hadapan anak2..tika itu sy bekerja dan dia terpaksa menjaga anak2 krn pengasuh bercuti.

kehidupan sy tatkala itu amat menyedihkan, saya bagai hilang kewarasan..anak2 saya sepak terajang, tinggalkan anak2 di lewat mlm krn sy keluar mencari suami yg mana sy telah tahu dia bersama perempuan itu..ibarat dah jadi ahli Tampoi sepital.

syukurlah krn kakak masih ada ruang utk berbaik...kami ni payah sgt...cinta dia pada peempuan tu melebihi sglnya..Biarlah Allah yg tentukan sglnya..

kakak tabahlah dgn kehidupan realiti yg harus dilalui...saya skrg pun org tgk dah nampak sihat, badan pun dah naik semula..taklah mcm dulu..kurus kering..
20 years
al-amir
bersabar dengan ujian...

redha dengan ketentuan..

kuatkan semangat menghadapinya..

ada masa kita bergurau ada masa kita perlu serius..
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.