Untuk renungan bersama ......
>
>Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
>menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
>pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
>peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
>sampai bila-bila.
>
>Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
>30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-a...
Untuk renungan bersama ......
>
>Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
>menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
>pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
>peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
>sampai bila-bila.
>
>Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
>30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
>menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih
>menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya
>balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
>
>Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah
>Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,
>cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun
>masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk
>menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung
>dalam keluarga.
>
>Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji
>di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya
>nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
>
>Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami
>menuju ke Madinah.
>
>Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di
>Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah
>mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita
>terbabit.
>
>Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
>Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
>
>Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun
>bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya
>pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta
>bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang
>berlaku.
>
>"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong
>saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
>
>Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke
>hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu,
>jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
>
>Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
>Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
>semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
>
>Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
>terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.
>
>Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital
>Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
>
>Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua
>hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,
>maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi
>seperti itu.
>
>Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu
>dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut
>sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
>berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak
>berhasil.
>
>Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk
>mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
>Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh
>doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,
>keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk
>menunggunya di hospital.
>
>Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari
>sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi
>sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya
>dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut
>sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba
>menangis??
>
>Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?"
>
>"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi
>benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
>
>"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
>terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
>pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada
>saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu
>diambil iktibar oleh kita semua.
>
>Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki
>orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan
>keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak
>sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak
>buat.
>
>Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak
>terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
>
>"Habis yang kakak pergi haji ini?"
>
>"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak
>pergi."
>
>"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu
>ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi.
>
>Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah
>itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma tu, kakak telah
>diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang
>telah kakak buat selama ini.
>
>"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
>
>"Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah
>tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan
>balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur
>hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik
>dengan bara api.
>
>Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
>Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
>
>"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit
>yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh
>ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
>main.
>
>Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api
>itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain
>dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
>
>Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
>Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada
>hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
>
>Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak
>bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa.
>Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak
>tercabut kulit kepala.iekah untuk mengerjakan ibada Panasnya pula
>menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup
>pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil
>bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia
>betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
>
>Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu
>sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama
>saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa
>besar.
>
>Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa
>tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang
>berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi
>kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila
>ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan
>bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
>
>Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula
>duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah
>itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak
>masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa
>seperti terbakar hangus.
>
>Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan
>sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
>tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
>Baunya cukup busuk.
>
>Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa
>kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang
>kakak hidup di dunia ini."
>
>Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh
>kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
>supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
>hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak
>akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak
>berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.
>
>Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
>kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan
>sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
>
>Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha
>agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada
>balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita
>terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
>
>Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
>
>"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam
>tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
>kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha," katanya sambil
>menangis-nangis.
>
>Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke
>Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
>henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
>maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang
>subuh.
>
>
>"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga
>juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,
>makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
>
>"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan
>semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam
>Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya
>dahulu.
>
>Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
>Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan
>tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
>menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
>kesihatannya.
>
>"Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.
>Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,
>Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."
>
>Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada
>perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka,
>pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,
>kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak
>tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita
>Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan
>muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan
>muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
>
>"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau
>seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
>dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu
>sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???
>Allah..."
>
>"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari
>ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
>Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu
>Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa
>dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula
>yang jadi seperti orang bukan Islam."
>
>Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
>wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita
>yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang
>ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar.
>Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
>
>Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
>digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
>bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
>membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
>syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal
>dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh...
>memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." itu dah
>terlambat.
p/s- sekadr copy n paste
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
Ampunilah hambamu yg lemah ini.......