Projek Brainy Communicator bolehkan komunikasi tanpa menggunakan pergerakan anggota badan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PROJEK penyelidikan Brainy Communicator (pengkomunikasi otak) adalah yang pertama seumpamanya di Singapura dan rantau ini yang membolehkan pengguna mengawal komputer menerusi aktiviti otak, tanpa menggunakan tangan, kaki atau suara.
Samsung Electronic yang membiayai projek ini di bawah program Samsung D...
Projek Brainy Communicator bolehkan komunikasi tanpa menggunakan pergerakan anggota badan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PROJEK penyelidikan Brainy Communicator (pengkomunikasi otak) adalah yang pertama seumpamanya di Singapura dan rantau ini yang membolehkan pengguna mengawal komputer menerusi aktiviti otak, tanpa menggunakan tangan, kaki atau suara.
Samsung Electronic yang membiayai projek ini di bawah program Samsung DigitAllHope, mengeluarkan sejumlah dana untuk digunakan oleh Persatuan Orang-orang Kurang Upaya Singapura (SPD) dan Infocomm Research (I2R).
Ketua Saintis, Makmal Pemprosesan Isyarat Neural, I2R, Dr Guan Cuntai, berkata pihaknya kini sedang berusaha mencipta satu rumusan yang membolehkan komunikasi terus daripada otak ke perkakasan seperti televisyen, alat pendingin hawa dan sebagainya tanpa menggunakan pergerakan anggota badan lain.
“Brainy Communicator berfungsi sebagai antara muka yang membolehkan orang kurang upaya yang mengalami kecacatan teruk atau lumpuh seluruh badan berkomunikasi secara bebas kepada komputer dengan membaca pemikiran mereka.â€
“Antara muka ini membaca fikiran pengguna dan menaipnya ke komputer secara maya. Pengguna akan dipakaikan satu topi khas yang dilengkapi kira-kira 30 alat pengesan untuk menarik isyarat gelombang dari otak,†katanya.
Beliau berkata demikian ketika lawatan sekumpulan wartawan Asia Tenggara ke Pusat Pemulihan SPD di Singapura, minggu lalu.
Dr Guan berkata, isyarat yang ditarik oleh alat pengesan itu kemudiannya disalurkan ke alat pengumpul isyarat yang dikenali sebagai Neuro Amplifier untuk disalurkan pula ke komputer peribadi yang dilengkapi dengan aplikasi perisian dibangunkan oleh I2R untuk diproses.
Hasil selepas pemprosesan akan disalurkan ke alat yang hendak dikawal. Misalnya pesakit yang menonton televisyen akan melihat skrin komputer yang memaparkan visual alat kawalan jauh televisyen itu.
Inovasi ini tidak membabitkan jarum, suntikan atau ubat-ubatan tetapi hanya sejenis cecair jeli untuk memudahkan pengaliran isyarat dari otak ke alat pengesan. Projek ini hanya membabitkan pesakit berumur 16 tahun ke atas dengan ketidakupayaan fizikal parah, terutama mereka yang menghidap Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan Tetraplegia.
Dr Guan berkata, projek ini bagaimanapun masih pada peringkat awal walaupun ia sudah dimulakan sejak dua tahun lalu. Masih banyak yang perlu dilakukan yang mana sekarang ini masih pada peringkat ujian terus kepada pesakit.
“Masih terlalu banyak untuk diselidiki terutamanya dari segi ketepatan dan latihan kepada pesakit. Ketepatannya juga bergantung kepada pesakit, kerana setakat ini rumusan kami perlukan pesakit yang boleh melakukan tumpuan dengan baik untuk mempercepatkan tindak balas,†katanya.
“Sekiranya projek ini berjaya, antara muka ini boleh digunakan untuk semua dan teknologi yang serupa boleh diguna pakai oleh perkakasan lain untuk komunikasi dan kawalan persekitaran,†katanya.
SEPERTI FILEM CEREKA SAINS: Dr Guan (berdiri) menjelaskan
cara kerja Brainy Communicator yang diuji ke atas Zhang
kalu dah ada pc control by otak...dah kira baguih la tu....abis tu otak lak nak dikawal ngan apa pulak.....nak kawal guna apa kasik otak sentiasa berpikiran positif aje....
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.