muslimahDr
muslimahDr
20 years
1819 views

Adakah lelaki tercabar jika...?

Akm...

ni..mus nak tanya sket..

apa pendapat korang sume kalu seseorg pempuan tu berpendidikan lebih tinggi dr suami dia... adakah mencabar kewibawaan atau confident seseorg lelaki tu.... utk jadik leader dlm keluarga?

Adakah kerjaya itu menjadi ukuran?...
15 comments
Share this post

Comments (15)
Elyana Ahmad
Azraq,

Jadikan itu satu pengajaran, sememangnya tanamkan dalam hati yang kamu akan jadi terbaik yang kamu mampu. Dari itu kamu juga boleh dapat antara yang terbaik bukan.

Tapi harus diingat pokok pangkalnya harta tanpa iman tak cukup.

Cuba tanya kawan kamu bagaimana hal agama mereka berdua. Saya berani cakap la..

Contoh kawan saya sendiri. Isteri lebih educated.

Tapi, isteri tak pernah tinggi suara kat suaminya. Asas agama mereka kuat. Bila sesuatu kesilapan yang suami lakukan. Isteri cukup jaga air muka suami walaupun di depan anak-anak.

Tapi bila isteri bersuara kecil merajuk, baru suaminya akan berfikir.Itu pun jika keadaan betul-betul mudarat.

Dia pernah kata "Takpelah, cukup bertuah dia tak begitu begini."

Dan suaminya cukup sensitif dgn perasaan isteri.

Kalau ditakdirkan saya lah.

Mungkin sebelum kahwin dia tak gaji tinggi. Tapi cukup jika dia ada perasaan nak membangunkan diri bersama. Bukan setakat pergi khusus bekerja saya izinkan dia pergi tinggalkan kami sekeluarga. Insyaalah, jika rezeki saya lebih saya akan biayai di belajar. TAPI TERAS AGAMA TETAP PERLU KUAT.

itu basic...saya rasa selamat.
20 years
azraqfatih
salam elyana... ala yana.. ble memang ble blajar tinggi2.. tetapi cari ler teman idup yang setaraf... nabi pun berpesan.. cari yang sekufu...

az terlalu kerap dengar/baca perselisihan, pergaduhan, penceraian yang asal daripada isteri berdidikan tinggi dari suami, so az takut ler.. keluarga pihak perempuan mesti tak setuju dan memandang rendah dengan bakal anak menantu berpelajaran rendah..

contoh:

kawan sepupu az.. suami spm berpendapatan $1500, isteri U berpendapatan $4500. satu hari.. mereka bergaduh.. entah macam mana.. pompuan kan emosi.. terhambur ler kekata.."abg jangan lupa.. saya yang beri abang makan" suami ilang pertimbangan.. bagi ler penampar.. emak bapak pompuan pun masuk campur.. "kalau ko tak kawin ngan anak aku.. ko tak rasa tinggal kat rumah condo.. tak rasa berkerete" kekekeke.. sedih kan.. maruah jatuh bersepai... sekarang kes masih blom settle kat mahkamah..

isteri berpelajaran tinggi memang suka memerintah.. hehehe

jangan kutuk saya... hehehhe

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati..." - Ali 'Imran:185
20 years
Elyana Ahmad
bagus azraq. jujur.

Jadik yg berpendidikan tinggi yang nak kat azraq tu kene memendam rasa ler...

Tak pun jgn study tinggi tau.

SPM je OK.(sindir syg)

Apalah Azraq..kan org berilmu ni digalakkan agama. Nampak tak menggalakkan pun awaknyer.
20 years
hazly
apa susah dapat isteri pendidkan yang lebih bagus dari kita laki ada untung anak kita dpt didikan ibu yang pandai cuba kita tengok ahli keluarga kita bayangkan kakak adik perempuan kita sanggup ke korang tengok ahli perempuan keluarga kita kena buli ngan ipar yang penting laki itu ego kena kurang kalau dah tahu laki tu kurang ilmu tambah la kasi sama apa susah selagi belum mati belajar sambung study jangan kurang ilmu agama dah kalau lelaki tak cukup ilmu agama jangan gatai nak kahwin hancus rumah tangga
20 years
puterarindu
tak der mender... kalau takat berpendidikan tinggi... yang penting tahu menjadi isteri waktu berada dirumah

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
20 years
Aisyah
ada org kata, perempuan tinggi pendidikan hidung tinggi, bossy...tapi tak semua begitu. contohnya saya ni. (hehe, sorry, saya gurau jer.) no hurt feeling k

Hidup itu adalah satu perjalanan yang panjang...pun demikian, sampai waktu kita pasti akan sampai ke terminal terakhir...
20 years
Aisyah
ada lelaki yg tak tercabar. ada jugak. faham2 lah, manusia mcm2 perasaan dan sifat. tapi, kenapa org perempuan bepelajran tinggi tak boleh diterima lelaki? bukankah,

perempuan itu boleh mendidik 'nation'?

Hidup itu adalah satu perjalanan yang panjang...pun demikian, sampai waktu kita pasti akan sampai ke terminal terakhir...
20 years
Faisal Waduth
assalamualaikum sedara...

Xder masalah if pompuan lebih berpendidikan dari laki selagi masing2 berpegang pada Islam... Ambil contoh Rasulullah SAW seperti yg d sebut pakusu.... Saya ada seorang kawan, yg mana akaknya berkahwin dgn seseorang yg bekerja d tempatnya.... Dan laki ini, kerjanya, taraf yg jauh lebih rendah... Tp nak tau, walaupun isterinya lebih tinggi, isterinya tetap minta izin dar suaminya even utk lanjut beljar...

hambaNya
20 years
muslimahDr
Mus setuju sesangat ngan pendapat pakusu.. tu

yalah... contoh yang jelas memang dah ada dalam buku sejarah kita....!!

tu.. lah sama2 lah rajin2 baca buku sirah nabi
20 years
pakusu
bukankah Nabi Muhamad s.a.w contoh kepada kita semua,lihat Baginda hanya seorang pengebala kambing sahaja,jauh berbeza dengan kedudukan Siti Khadijah r.a.. maka daritu jika kita umat Muhamad s.a.w yang beriman dan berakal ,jadikanlah contoh dan tauladan ..

"Ingat kita kepada Allah,ingatlah juga kita kepada Rasulullah"

"Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku"
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.