Seorang bapa pulang ke rumah dalam
keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil
mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu
soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam
di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sebuk-sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah
beritahu berapa pendapatan ayah sej...
Seorang bapa pulang ke rumah dalam
keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil
mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu
soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam
di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sebuk-sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah
beritahu berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10
ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan
berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak
buat apa dengan duit tu? Mintak
sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi??
Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya..
Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul
berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia
kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa
sambil memikirkan mengapa anaknya yang
sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali
tenang dan terfikir kemungkinan besar
anaknya benar-benar memerlukan duit
untuk keperluan di sekolah kerana anaknya
tak pernah meminta wang sebegitu banyak
sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah
melangkah menuju ke bilik anaknya.
Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit?
Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan
sekeping duit kaler merah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan
tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan
mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang
sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila
ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan
kamu dah ada duit sebanyak
itu?? Dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin tunduk... tak berani dia merenung
ayahnya. Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan.....
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah
yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi
10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup
duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam
dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan
malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah
ayahnya...
The moral of this story...
Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda
suka tapi..yang penting skali, sharelah masa
sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan
yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis
peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang
bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja
yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja
tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2
yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa
berada di hati kita..
Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita
mati.. pihak syarikat akan senang2 cari
orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga,
rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti
akan berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka.....
Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat
untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita
sayang??
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"