WASHINGTON: Beribu-ribu rakyat Amerika Syarikat (AS) meminta salinan percuma al-Quran sejak pelancaran kempen ‘Terokai al-Quran’ oleh kumpulan sokongan sivil Islam terbesar di negara itu, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR).
Hampir 10,000 orang menunjukkan minat ketara mempelajari kitab suci umat itu dan Islam sendiri dalam reaksi kepada kontroversi yang dicetuskan laporan akhbar dan pengakuan Pentagon bahawa al-Quran dihina oleh tentera AS di kem tahanan Teluk Guantanam...
WASHINGTON: Beribu-ribu rakyat Amerika Syarikat (AS) meminta salinan percuma al-Quran sejak pelancaran kempen ‘Terokai al-Quran’ oleh kumpulan sokongan sivil Islam terbesar di negara itu, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR).
Hampir 10,000 orang menunjukkan minat ketara mempelajari kitab suci umat itu dan Islam sendiri dalam reaksi kepada kontroversi yang dicetuskan laporan akhbar dan pengakuan Pentagon bahawa al-Quran dihina oleh tentera AS di kem tahanan Teluk Guantanamo, menurut CAIR dalam kenyataan akhbar.
“Reaksi positif amat ketara kepada kempen ‘Terokai al-Quran’ membayangkan keinginan rakyat biasa AS untuk memahami Islam dan umatnya dengan lebih baik,†kata Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad.
Panggilan bertalu-talu pada kadar satu panggilan seminit menghujani ibu pejabat CAIR di Washington DC sejak penyiaran artikel mengenai kempen itu di dalam akhbar terkemuka, USA Today.
Salinan yang diberi ialah terjemahan makna al-Quran ke dalam bahasa Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali dan diterbitkan oleh Amana Publications.
Bersama-sama setiap kiriman, sepucuk surat turut disertakan menjelaskan bagaimana umat Islam dididik mengendalikan al-Quran dengan penuh hormat.
“Tuduhan palsu dan tidak berasas ditujukan terhadap al-Quran selama ini. Namun kini, inisiatif ini meletakkan kitab suci secara langsung di tangan penduduk AS dan menggalakkan semua orang dari pelbagai kepercayaan untuk membongkar kebenaran Islam,†menurut kenyataan.
Tentera AS, Jumaat lalu mengakui wujudnya lima kes penghinaan terhadap al-Quran dilakukan anggota penyiasat AS di Teluk Guantanamo.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan berakhirnya siasatan yang dilancarkan selepas artikel majalah Newsweek, memetik sumber kukuh kerajaan, berkata penyiasat AS membuang al-Quran ke dalam lubang tandas dalam usaha mendapatkan maklumat dari tahanan.
Laporan itu mencetuskan kemarahan dan bantahan umat Islam seluruh dunia dari Afghanistan ke Bandaraya Gaza.
Kempen CAIR menarik perhatian rakyat AS dari pelbagai peringkat yang ingin mempelajari inti pati sebenar Islam.
Mereka termasuklah pegawai polis, pemimpin Kristian dan pakar akademik, menurut CAIR.
“Ia bukan buku yang menganjurkan keganasan. Pandangan utama ialah keamanan dalam masyarakat,†CAIR memetik salah seorang penduduk AS yang mendapat salinan percuma al-Quran, Arthur Ort, sebagai berkata.
“Saya mahu membacanya dalam bahasa Inggeris untuk diri sendiri dan melihat apa yang dicatat dan melihat jika saya dapat memahaminya,†kata veteran perang Vietnam, Chuck Roth. – Agensi
Bukalah hati dan minda kami utk melakukan sebahagian sumbangan seperti Abdullah Yusuf Ali