PianKoon
PianKoon
20 years
2219 views

Nafkah zahir: Sejauh mana kemampuan sang suami?

Assalamualaikum semua.

Salah satu tanggungjawab/kewajiban seorang suami terhadap isteri termasuklah memberi nafkah zahir mengikut kemampuan iaitu menyediakan makanan yg mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Ini bersesuaian dgn firman Allah:

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."

(Al-Baqarah:233)

Soalnya di sini, dlm konteks kehidupan moden kita pd hari ni, terutamanya dgn kos sara hidup & kadar inflasi yg s...
7 comments
Share this post

Comments (7)
kejora
Assalamualaikum..

pd saya,tentang pembahagian tu,perlu ada perbincangan dan persefahaman antara suami isteri.Kalau gaji suami tak mampu nak bayar keseluruhan belanja isi rumah,isteri boleh membantu.seeloknya gaji itu dikumpul dan dibuat budget utk perbelanjaan bulanan,barulah rumahtangga aman dan persefahaman itu wujud.Kerana ada isteri yg tak mahu gajinya disentuh oleh suami,so bila suami minta isteri tolong dalam aspek kewangan,timbul pergaduhan.Yg pentingnya,tolak ansur suami isteri perlu.Tentang hutang sebelum kahwin,tanggungjawab pemiutang bukan suami,tapi kalau suami dapat membantu lebih elok..
20 years
Itaarissa
pembetulan....kaya itu disini.....
20 years
Itaarissa
Menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik isteri dengan sifat qanaah...berpada/bersyukur dengan apa yg suami mampu sediakan......

Kata orang ukur baju dibadan sendiri....tapi kalau ikutkan rentak duniawi..pasti semua ingin jadi firaun...ingin harta berkepuk......ingin kunci bergudang....

....

Rasulullah pun dah kata kaya itu disibi...sambil menunjuk kera h dada...kaya jiwa.......

kalau ikutkan nafsu...tak pernah cukup...semakin dicari semakin susut...tapi kalau jenis berpada...yg sedikit nampak berlimpah......

pada pendapat saya lah......banyak perceraian yg berlaku hari ini sbb muda mudi hari ini tak paham tujuan dan hikmah ttg perkahwianan itu sendiri

kalau dipk naper org belajar tinggi boleh bercerai berai..duit berkepuk2.....tp yg tak sekolah boleh bahagia walau anak berderet sebelas orang???????

Pian Koon...pk camnih jer lah...rezki dari allah setiap mulut dah diberi rezki.......org pompuan sekarang pun paham..mmg la tuntutan hidup sekarang semua nak pakai duit...tp pandai2 la tgk prioriti..........

So diskas la elok2 dan secara terbuka ngan bakal isteri.......

p/s; camner leh sesat dari BDN nih......
20 years
azraqfatih
Pada pendapat saya, suami patut memberi nafkah semampunya. Jika suami sekadar mampu buat rumah atap tetapi bina rumah batu untuk keselesaan, itu hanya akan menyiksa diri.

Memang benar, pendapatan isteri tiada hak atas suami untuk memintanya tetapi untuk kelesaan dan harmoni rumahtangga sendiri, haruslah ada bantu membantu.

Suami isteri yang bijak seharusnya duduk berbincang dan berterus terang tentang pendapatan masing2. Bila sudah duduk berbincang, insyaAllah ada jalan keluar.

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati..." - Ali 'Imran:185
20 years
PianKoon
Terima kasih atas pandangan Paklong & Cahaya Anja.

Saya menyuarakan persoalan ini bukan apa. Kes perceraian semakin meningkat di Malaysia, tahun 2004 shj tlh mencatatkan lebih 16000 kes. Boleh rujuk statistik di laman Jakim. Salah satu sbb yg menjadi duri dlm daging adalah soal nafkah zahir terutama soal kemampuan kewangan. Suami dikatakan tidak memberi nafkah zahir yg cukup. Soalnya bagaimana utk mengukur nilai cukup atau tidak itu? Adakah mungkin isteri keliru antara keperluan asas & kehendak/keselesaan?

Apakah terdapat formula agihan hak utk isteri & anak2 drpd punca pendapatan suami? Contohnya dlm hukum faraid telah disebutkan nisbah yg diperolehi oleh waris yg layak.

'sediakan payung sblm hujan'
20 years
Paklong
Saya bukanlah pakar atau ulama' dalam memberi jawapan Pian tetapi sekadar memberi pandangan dari pengalaman dan pengajian.

2) Pembahagian gaji sebaiknya melalui perbincangan dgn isteri. Pemberatan pembahagian tu dibincangkan. Antara aspek pembahagian - Pembelajaan dapur, Pembelajaan pengangkutan, bil-bil, pembelajaan sekolah anak, sumbangan kpd ibubapa, simpanan dlm bank dan pakaian.

3) Nafkah zahir tidak dilihat pd gaji /kewangan semata-mata. Nafkah zahir termasuk perlindungan dan keselamatan. Rasullulah tidak mempunyai apa-apa harta utk diberikan kpd isteri-isterinya. Makan pun kadangkala sebiji tamar sehari. Jadi suami sentiasa mampu menyediakan nafkah zahir 100% mengikut keadaannya.

4) Hutang mengikut hukum Islam dan juga undang-undang sivil adalah tanggungan si pemiutang tu sendiri. Harap rujuk dalam kitab-kitab fekah tentang ni. Tapi terpulanglah kepada suami jika ingin membantu melangsaikan hutang pinjaman.

5) Sama seperti dalam jawapan 4). Kalau tak bayar balik pinjaman, bank tak kejar si suami tapi si pemiutang.

Wallahu alam

Kekuatan emosi ialah Sabar
20 years
Cahaya Anja
Soalan soalan spt tu tak reti nak di jawab kena tanya hakim mahkamah Syariah kot..

Tapi pada saya , yang paling penting apa apa pemberian dari suami terhadap isteri biarlah dari hati yang ikhlas kerana apa apa perkara lahir dari hati yang tidak ikhlas akan mengundang banyak perkara buruk , manakala apa apa yang lahir dari hati yang ikhlas akan dirahmati...Pada saya itu yang di impikan oleh setiap orang yang berumahtangga ..Kerahmatan dari Allah.

Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.