Zana.
Zana.
20 years
1298 views

KASIH SAYANG ALLAH S.W.T

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.

Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"

"Neraka," jawab Allah.

"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan.

&qu...

10 comments
Share this post

Comments (10)
Zana.
yleadh...

sahabat sejati...

yang diri kita adalah dirinya

penuh ketulusan

penuh keikhlasan

sayang sejati...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
yleadh
herrmmm adakah status sahabat itu adalah tingkatan tertinggi dalam hubungan kemanusiaan?

sementelah itu le mereka yg rapat dan sama sama berjuang di panggil para sahabat..?

di sini le dalam nya maksud dan pengertian seorang sahabat itu, sehingga dikatakan cubit paha kanan maka paha kiri akan terasa juga..

bagaimana kukuhnya ikatan ukhuwah dalam diri mereka yg manjadi sahabat, maka bila mana seorang saudaranya ditimpa kesusahan makan tidak akan senang le sahabat yg lainnya, diumpamakan makan tak kenyang tidur tak lena selagi tidak sama sama merasai kepayahan dan kesusahan sahabatnya.

seorang sahabat, dikatakan akan cuba untuk menjadi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, maka apa bila sahabatnya didalam kesenangan atau menerima berita gembira, rasa hatinya begitu gembira, teramat bangga dgn kejayaan sahabatnya, seolah olaah dia ada bersama sama menjayakan usaha sahabatnya, hatta dia sendiri berada jauh beribu batu.. sedikit pun tidaka timbul rasa iri atau dengi, malah kalu boleh bior le sahabatnya itu akan lebih berjaya, si sahabat yg berjaya itu pula, tidak ragu ragu ingin berkongsi kejayaannya dgn sahabatnya itu, walau jauh dimata, namun sentiasa dalam ingatan.. rasa hatinya mahu kalau boleh agar sahabatnya itu sama sama berjaya seiring dgnnya..

tiada pandangan rendah dan tiada pandangan tinggi.. sama sama merasakan mereka samarata..

entah..

"Udep Sare Mati Syahid"
20 years
Zana.
Thanks Mami...

rasa macam sempurna lak pengertian sahabat yg dicari-cari...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Mami Ros
oh...ya kaa..zana....

belajarlah bertaulan dulu baru berkenalan dengan rasa ingin mengetahui perkembangan kenalan itu, selepas telah berkenalan dan tahu akan siapa dia barulah kita berkawan..

dalam berkawan kita akan ketemu pelbagai...ada yang rawan ada yang sawan, amatilah mereka mereka ini dengan matahati bukan dengan mata hitam....

kerana mata hitam kekadang menipu penglihatan kita...namun jarang sekali mata hati kita menipu...melainkan jika ada pendua dalam menganalisa kawan itu...

kawan yang menjadi sahabat adalah seorang kawan yang sanggup menelan segala pahit maung kawannya. yang sanggup sama sama menerima cercaan dan makian . yang sanggup cover line kawan walaupun kita tahu kawan itu sebenarnya bersalah.

setiap kesalahan yang terjadi biasanya diluar kawalan kita, diluar keimanan kita, diluar kemahuan kita.. dia amat spontan....jadi maafkan laa setiap kesalahan itu walaupun pahit.

melepasi batas kawan , barulaaa menjadi sahabat... biar dia menjadi sebutir bintang dilangit... dia tetap ada disini... diwaktu cahayanya terang di waktu malam...dan juga diwaktu cahayanya pudar disiang hari, dia masih setia berada disitu, malah ada waktunya kita tidak memerlukannya , namun dia masih tetap ada bersama kita walaupun kita tidak memperdulikannya, dia akan berusaha membuat kita bahagia...dari sebarang bahaya..

itulaaaa ...sahabat sejati....

mampukah kita melakukan????...

jawapannya mudah.... IA... kita mampu

melakukan dengan mengetepikan kepentingan kita ....

Tapi berapa ramai yang mahu berkorban... berapa ramai yang mahu menyimpan rahsia... walau dalam rahsia...

Hmmmm.......



Memang leceh dan payah sungguh nak buat org lain paham dan mengerti apa maksud yang ingin kita sampaikan...
20 years
Zana.
Mami sorry...



baru belajar taip nie...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Zana.
Mami....

hati & kejujuran manusia memang berkala...

susah nak cari sahabat yg benar-benar boleh dijadikan sahabat... yang diri kita adalah dirinya...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Mami Ros
........

membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah".

hmmm.....apa ya.... kasihsayang ALlah..

tahukah kita bahwa kasihsayang Allah pada hamba hambaNYA terlalu luas...meliputi segala yang ada dibumi , dilangit dan dimana saja kita boleh lihat dan jangkau....

Setiap orang punya masaalah dah perjalanan hidup yang berbeda...walaupun kita nampak tidak ada kelainan dari kita sendiri.

Setiap mereka yang putus asa dari kasihsayang Allah harus dilihat dari pelbagai segi. Putus asa terhadap kasih sayang Allah hanya kerana orang yang memerlukan kasihsayang itu tidak memahami akan pemberian seseorang terhadapnya.

Bagaimana kita membicarakan kasihsayang kita kepada ALlah, kasih kita kepada alam semula jadi dan kasih kita kepada kehidupan. Yang mana semua ini adalah dari kasihsayang Allah itu sendiri. Andainya kita dekat denganNya...pasti DIA bersebelahan kita.

Mengapa mesti putus ada terhadap kasih sayang Allah....sedangkan kita sendiri tidak berkasih kasihan dengan sesama manusia itu sendiri, dengan apa yang ada didepan kita...yang nyata dan sembunyi.....

Kasih sayang tiada kayu pengukur... tiada hadnya.....

.

Memang leceh dan payah sungguh nak buat org lain paham dan mengerti apa maksud yang ingin kita sampaikan...
20 years
Zana.
Suhaila...

Ni pandangan kak Zanalah....

harap sidang MM lain dapat membantu...

"membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah"

iaitu...

Contohnya...

hati kita akan rasa seronok bila orang ditimpa musibah atau lebih tepat lagi ujian Allah kita akan lebih mengadakan cerita hingga seseorang itu menjadi putus harap terhadap rahmat kasih sayang Allah...

sebaliknya...

kita harus menyatakan padanya bahawa

-setiap ujian ada hikmahnya.

-Orang yang sering diuji itu sebenarnya disayangi Allah..

- Allah x akan menguji hambanya hingga ketahap yg x mampu tertanggung oleh hambanya..

dan kata-kata lain yang memberi sangaka baik terhadap Allah...

Sesungguhnya yg baik itu dari Allah & yg buruk itu adalah kelemahan K.Zana sendiri...

Walahua'lam...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Suhaila Abu Bakar
Saya kerap kali terbaca berkenaan kisah di atas, namun sudah lama saya masih tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan "membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah". Jika tidak keberatan saya harap dapat diberikan penjelasan tentang perbuatan ini berserta contoh-contoh perbuatan itu tersebut. Terima kasih.
20 years
Zana.
Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.