AZTIE
AZTIE
20 years
1140 views

nak tanya tentangtauhid

assalamualaikum.....

ada kawan kita cina dia tanya apa yg dimaksudkan dgn tauhid ni dalam islam....kita x tau nak jawab ape cuma cakap dekat dia tauhid ni tentang ketuhanan.sape bleh tolong cerita secara mendalam

6 comments
Share this post

Comments (6)
Rule.Net ®
tauhid, berasal dari perkataan ahad. maksud dia 'satu'. ilmu tauhid adalah segala bentuk ilmu yang membincangkan keesaan allah.

".. Kalau Mira rasa selamat dari Neraka, Miralah ahli Neraka.." petikkan drpd www.geocities.com/meowthewerewolf/Tazkirah/MeowAMA.htm
20 years
arfa
Ilmu Tauhid juga dikenali sebagai Ilmu Kalam atauTheologi,ertinya ilmu membicarakan wujud Allah,sifat-sifat dengan pembuktian aqal dan naqal sehingga jelas dan benar-benar yaqin bahwa sesungguhnya Allah itu wujud adaNya.
20 years
Zana.
Aztie...

sama-samalah kita kongsikannya..

diri ini jua masih terlalu kekurangan dan masih mencari ilmu yang masih luas dan pastinya tak habis tertimba hingga ke akhir hayat...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
AZTIE
terima kasih zana....terasa diri ini serba kekurangan dan bnyk lg perlu dipelajari
20 years
Din69
Pengertian Tauhid dari segi istilah.

Tauhid mempunyai suatu pengertian yang luas, dan dihuraikan oleh setiap ulama mengikut ruang lingkup yang diketahui.

Erti Tauhid ialah mengesakan Zat Allah Taala dan mengesakan SifatNya dan mengesakan AsmaNya dan mengesakan AfaalNya.

Tauhid dalam erti kata lain bermaksud menafikan segala bentuk penyekutuan (syirik) dalam apa jua bentuk, keadaan dan sifatnya, samada baik dalam bentuk I'tiqad atau pun dalam bentuk pengabdian.

Allah swt berfirman:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Surah Al An'am ayat ;162 - 163

Sumber: http://www.e-ulama.org/

Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.
20 years
Zana.
Cuba rujuk ke web nie...

>>>>>

http://www.al-huda.net/pelajaran_tauhid.shtml



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.