Comments (8)
ahmadfares
Adakalanya kita pikir kita tahu apa yang baik untuk kita, tapi banyak kali berlaku di luar rancangan kita....
20 years
Hehehehe.. bagi aku ngorat boleh...?
Kata Hamka-Sabarmu bukan kelemahan tapi itulah sebenarnya kekuatan,sebab engkau kuat mengendalikan diri...

Anta artikel menarik yg terdapat di dalam website di bawah!
TIP-TIP UNTUK MENGHADAPI PUTUS CINTA
Putus Cinta adalah situasi biasa dunia percintaan. Situasi ini berlaku kepada kebanyakan orang bercinta terutamanya di kalangan remaja yang baru belajar bercinta. Percintaan di sekolah selalunya dikatakan ‘cinta monyet’. Cinta yang masih muda dan tahap kematangannya masih rendah. Di sini masing-masing pasangan tidak tahu resam dan keadaan orang bercinta. Namun begitu disebabkan perkembangan hormon dan keinginan mempunyai pasangan, para remaja cuba untuk bercinta. Ia juga merupakan trend remaja terkini. Sesiapa mempunyai pasangan ataupun ‘couple’, dialah yang hebat. Dalam keadaan beginilah yang menyebabkan cinta tak panjang. Ia berhenti di tengah jalan. Walau bagaimanapun tidak dinafikan ada percintaan yang dimulakan di sekolah rendah berterusan ke jinjang pelamin.
Putus cinta juga berlaku bagi pasangan yang bertunang tetapi tidak mencapai matlamatnya iaitu pernikahan yang sah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor sampingan dan diri pasangan tersebut. Dalam tempoh pertunangan pelbagai situasi yang mempengaruhi keputusan mereka untuk berkahwin. Ini yang dikatakan mereka mempunyai ‘darah manis’. Dalam akhbar tempoh hari, ada satu pasangan yang sudah lama bertunang dan membuat persiapan untuk berkahwin. Namun begitu pada hari pernikahan, si lelaki tidak muncul-muncul dan akhirnya gambar si perempuan bersanding secara berseorangan terpampang di muka akhbar. Ini yang dinasihatkan bagi pasangan bertunang agar jangan bertunang lebih daripada setahun.
1. Ambil Sedikit Masa Untuk Diri Sendiri
Apabila kita baru berpisah dengan pasangan, cari tempat yang menenangkan fikiran dan tarik nafas panjang-panjang. Kemudian mula sedarkan situasi sebenar dan cuba membiasakan dengan suasana baru ini. Sebolehnya bagi orang yang baru bercerai ataupun baru berpisah dengan pasangan kekasih jangan terburu-buru untuk mencari pasangan baru.
2. Mencari hikmah dan pengajaran daripada peristiwa
Setiap perkara yang datang ada hikmahnya. Kita perlu mengkaji balik perpisahan ini disebabkan oleh kita ataupun si dia. Ataupun keputusan ini adalah kesepakatan yang wujud daripada persetujuan satu sama lain. Dalam mencari pengajaran, kita perlu muhasabah diri ataupun mengkaji kelemahan diri. Memang tidak dinafikan si dia mempunyai kelemahan. Namun begitu masing-masing kena reda dengan ketetapan Ilahi.
3. Berkongsi dan Meluahkan Rasa Hati dengan Kawan-kawan ataupun saudara terdekat
Sebolehnya jangan pendam perasaan seorang diri terutamanya bagi wanita. Ia boleh diibaratkan luka yang menjadi nanah apabila kita pendam lama-lama. Masa inilah kita perlu mencari rakan-rakan baru ataupun saudara dekat bagi melepaskan rasa hati. Melepaskan rasa hati ini tidaklah perlu menceritakan kepada mereka, cukup dengan membuat aktiviti baru dan enjoy. Itu sudah cukup melepaskan rasa dalam hati dan minda.
4. Bersedih berpada-pada
Jangan salahkan diri ataupun sesiapa walaupun ia bukan berpunca daripada diri kita. Semua orang buat silap. Ada sesetengah daripada kita merasakan diri kita ini dibuang dan tidak diperlukan lagi. Cukup! Berhenti! Mungkin bagi si dia tidak diperlukan, tetapi masih ramai orang lain yang memerlukan kita. Kita mampu mencari cinta yang lain. Teruskan hidup!
5. Jangan serik untuk bercinta
Jangan takut ataupun fobia untuk bercinta lagi. Teruskan mencari cinta baru. Jangan ada istilah serik bercinta dalam kamus hidup kita. Dapatkan pelbagai pandangan daripada rakan taulan, saudara mara dan sesiapa yang berautoriti memberikan pendapat. Jangan malu. Satu yang paling penting jangan kesilapan yang kita buat dahulu berulang lagi
6. Berdoa dan Bertawakal kepada Tuhan
Ingat sesuatu yang baik ataupun buruk di tangan Yang Maha Kuasa. Banyakkan berdoa agar mendapat jodoh yang lebih baik.
Petikan daripada buku "Petua Mencari Cinta" karya Dato' Dr. FAdzillah Kamsah dan Fauzul Na'im Ishak yang bakal terbit Julai 2005
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

Sila lawat laman di bawah. Byk artikel2 menarik yg boleh menambah ilmu ttg persoalan percintaan.
http://www.drcinta.com/modules/articles/
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.
http://www.drcinta.com/modules/articles/
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.
20 years
bawak pi piknik..
"Udep Sare Mati Syahid"
"Udep Sare Mati Syahid"
20 years
kawenkan ajer...
cam my sis...dua thn gak keciwa coz kasih tak terungkap...tau2 hamba allah tuh dah kawen pilihan keluarga.......
kesian lak tgk dia cam org tak betui..sikit2 nak nagis jer kijer dia.....
tp bila dah kawen dan baru dapat baby nih...sumer dah lupa dah.....happy dah akang nih..
cam abg pun camtu gak...putus tunang......lepas kawen ok dah...dah anak 3 dah......
yg ptg redha jer lah..sesuatu yg mmg dah ditentukan utk kita tetap akan jd milik kita...kalu tak dapat tu bukan milik kita.....
p/s; mmg ah sedih tapi nak sedih sgt pun buat aper......kalu kulit kita terluka kena letak ubat bukan suh terdedah dgn bakteriakan? cam gitu gak kalu putus cinta...beri masa dan semangat utk org cam gitu....mmg makan masa dan perlu kesabaran yg tinggi........
barang yg lepas usah dikenang...buat meremukkan hati jer.......di depan pintu bahagia masih terbuka cuma kena yakin la........baik sangka dan doa ngan allah banyak2.

hang habaq kat dia cinta tu milik ALLAH..kalau nak kan cinta yg kekal bercinta lah dgn NYA dulu....
20 years
ntahhhh
bagi jer nasihat
usaha ari ni, hasilnya 10 tahun lagi
istiqamah jer
Keredhaan Allah sebahagiannya terletak pada izin dan restu ibubapa.