Buat Temanku...
Epilog Seorang Teman
Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhwah yang sekian lama terjalin
Semurni embun pagi
Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya
Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menghadapi ujian Allah yang satu
Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengi...
6 comments
Comments (6)
Thanks . . .
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

20 years
Ada artikel menarik ttg persahabatan lelaki dengan wanita. Sila bc artikal dibawah ini utk dijadikan panduan.
Lelaki dan perempuan memang diberikan nafsu oleh Allah. Jika seorang lelaki melihat seorang perempuan, lazimnya ia diiringi kecenderungan ke arah seks. Atas sebab itulah Islam memperkenalkan konsep aurat, menundukkan pandangan, melarang wanita berhias secara keterlaluan kerana ia boleh menarik nafsu lelaki kepada perempuan. Oleh itu, jika ada lelaki yang mengatakan bahawa dia berkawan dengan seseorang perempuan tanpa perasaan cinta, yang sebenarnya ia adalah kes yang jarang dan tidak termasuk dalam kes-kes biasa.
Walaupun hubungan persahabatan ini lazimnya didakwa terjalin bukan atas dasar cinta atau seks, namun ia masih tertakluk kepada hukum yang sama, iaitu lelaki dan perempuan tidak boleh mempunyai hubungan yang akrab atau dengan kata lain bergaul bebas tanpa batasan. Kerana itu ada hadis menyebut, dan ‘Amir bin Rabiah, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Janganlah sesekali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana yang ketiganya adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.â€
(Riwayat Ahmad)
Yang sebenarnya tidak salah bercinta, tetapi cinta itu mestilah didasarkan di atas perjalanan syariat. Kita boleh lihat kebanyakan muda mudi hari ini, sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati atau pun kasih tidak akan bertukar ganti. Betulkah cara tersebut boleh diketagorikan sebagai sebuah cinta suci yang patut wujud di dalam rumahtangga Islam. Cinta suci di dalam istilah ialah cinta lelaki tidak boleh berbelah bagi kepada wanita yang dicintainya dan begitu juga sebaliknya. Rasa-rasanya bentuk cinta yang sedemikan adalah hipokrit. Wujud atas dasar kasih tidak mahu dibelah bagi.
Kemungkinan jua cara kita menilai cinta banyak dipengaruhi filem-filem Hindustan yang begitu popular masa kini.. Atau pun kita menilai cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Romeo dan Juliet yang sanggup mati bersama. Agaknya inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya. Sekiranya begini cara setiap pasangan berfikir, pasti mereka tidak akan menemui kebahagiaan. Kerana pengalaman telah membuktikan banyak rumahtangga yang gagal dibina di atas bentuk ini.
Bila didapati pasangan melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa. Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan lelaki atau suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.
Ditegaskan oleh suatu hadis bahawa orang lelaki jika ada kemampuan, digesa supaya cepat berkahwin. Ini dinyatakan hadis yang diriwayatkan oleh Jama’ah dan Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai pemuda! Jika di antara kamu ada yang mampu kahwin hendaklah ia berkahwin, kerana nanti matanya akan lebih terjaga dan kemaluannya akan lebih terpelihara. Dan apabila ia belum mampu kahwin. Hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu ibarat pengebiri.â€
“Mengapa mereka disuruh berkahwin? Kerana dalam al-Quran juga Allah menyebut, manusia secara normal memang Allah jadikan ada nafsu seks terhadap wanita. Fitrahnya memang begitu. Jadi bagaimana kita ingin menafikan hakikat tersebut?†Firman Allah surah An Nur: 30 yang bermaksud,
“Katakanlab (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.â€
Sementara ayat An-Nur: 31, seterusnya menegaskan,
“Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dan orang-orang lelaki yang telah tua dan tiada keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka menghentakkan kaki nntuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.â€
Bagi para remaja, adalah terlalu bahaya bergaul bebas sesama sendiri antara lelaki dan wanita. Walaupun mereka mengatakan mereka tidak bercinta tetapi mereka juga tertakluk kepada hukum. Seperti seorang perempuan mendakwa, ‘Orang perempuan memakai tudung kerana dia cantik ingin menutup kecantikannya'. Walau apa pun alasannya, dia tetap termasuk dalam undang-undang kena menutup aurat.
Kemungkinan-kemungkinan hubungan ini akan menjadi sebab fitnah dan menghampiri zina, tidak dinafikan.Mukaddimah zina adalah hubungan akrab antara lelaki dengan perempuan yang bukan mabram. Walaupun pada dasarnya ia tidak mempunyai kecenderungan seks tetapi ia boleh menimbulkan fitnah apabila ada hubungan antara lelaki dan perempuan. Apatah lagi nafsu memang tidak bermata, tidak kenal sifat, usia atau apa pun.
Walaupun kerap dinyatakan di mulut, bahawa hubungan itu tidak ada kecenderungan seks, tetapi Allah lebih mengetahui, bahawa dalam hati manusia memang ada kecenderungan seperti itu.
Walau bagaimanapun, Islam tidaklah begitu keras sehingga menghalang lelaki dan perempuan daripada bersahabat. “Tidak salah menjadi kawan baik tetapi ada batasannya. Pertama, dari segi aurat harus dijaga. Selain itu, percakapan juga harus dipelihara agar perbualan tidak menjurus ke arah seks. Komunikasi dianggap penting, sebab itu Islam mengingatkan wanita agar merendahkan suara ketika bercakap kerana bimbang perkara sebegini akan terjadi. Juga elakkan jangan sampai ada sentuhan fizikal. Serapat mana pun hubungan tersebut, dengan beranggapan lelaki atau perempuan sebagai saudara angkat atau sahabat karib, Islam masih meletakkan batas bahawa mereka tidak boleh bersentuh kulit dan sebagainya tanpa keadaan darurat tertentu.
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

Susah nak bagi komen...
tapi yang pasti....
jika kita bercinta, niatlah kerana Allah S.W.T.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
tapi yang pasti....
jika kita bercinta, niatlah kerana Allah S.W.T.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
Persahabatan lelaki ngan perempuan.. Aper pendapat zana..?
Kata Hamka-Sabarmu bukan kelemahan tapi itulah sebenarnya kekuatan,sebab engkau kuat mengendalikan diri...

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri...Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana memepunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu....
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
persahabatan itu indah.. tapi jika bersahabat antara lelaki dengan perempuan.. berhati2lah.. kerana syaitan tidak pernah lalai untuk menyesatkan manusia tapi manusialah yang selalu lalai dan terleka.. beringat sebelum termasuk ke dalam jeratnya..
~Jangan Korbankan Islam Tetapi Berkorbanlah Untuk Islam..~ http://mujahidah.blogdrive.com