MW 1106 * Motivasi Siri 210
Dr. HM Tuah
Begitulah gaya motivasi saya *
terasnya teladan dan pengalaman. Bagi saya guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri. Jika pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman orang lain adalah yang
terbaik untuknya mengambil iktibar dan pelajaran.
Orang terdahulu telah tercebur ke dalam longkang itu, kita usah tercebur dalam longkang yang sama.
Kita boleh mengatur langkah tersendiri agar selamat. Atau kita mengikut jejak-...
MW 1106 * Motivasi Siri 210
Dr. HM Tuah
Begitulah gaya motivasi saya *
terasnya teladan dan pengalaman. Bagi saya guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri. Jika pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman orang lain adalah yang
terbaik untuknya mengambil iktibar dan pelajaran.
Orang terdahulu telah tercebur ke dalam longkang itu, kita usah tercebur dalam longkang yang sama.
Kita boleh mengatur langkah tersendiri agar selamat. Atau kita mengikut jejak-jejak yang pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat. Kemungkinan kita jatuh kecil sekali. Pengalaman memiliki sesuatu yang berharga mungkin
tidak ditempuh oleh semua orang. Kebetulan TUHAN memberikan sedikit kelebihan juga kekuatan kepada sesetengah orang untuk lebih berani. Maka mereka mempamerkan kekayaan dan juga keupayaan mereka. Manusia menterjemahkan kejayaan itu mengikut apa yang mereka miliki.
Motivasi juga bermakna satu usaha untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Tiadalah
ertinya jika kejayaan dan kecemerlangan itu tidak dapat diterjemahkan pula kepada bentuk benda.
Namun, setelah kita miliki semua yang kita usahakan, kadang-kadang yang baru akan mengatasi yang lama. Rasa kasih, bangga dan gembira mengatasi perasaan yang sama dulunya. Dulu kita amat bangga, amat gembira dan amat kasih, tapi sekarang seolah-olah tiada apa-apa.
Semua itu membuatkan kita termenung dan berfikir jauh. Bagaimana orang boleh membuang terus sesuatu yang telah berjasa dalam hidupnya. Sesuatu itu mungkin benda dan mungkin juga manusia. Jika manusia mungkin ibu kandung, mungkin isteri, mungkin kekasih, mungkin kawan, mungkin saudara mara dan seterusnya. Mengapa manusia mudah sahaja bercerai dan berpatah arang? Apakah seorang suami yang pernah mengongsikan hidupnya dengan seorang wanita yang dulunya bergelar isteri tidak dihimbau kenangan-kenangan manis? Sebagaimana kita terkadang terkenang-kenangkan kenderaan-kenderaan yang pernah kita miliki?
Sungguh menghairankan, kita boleh ambil dan kita boleh buang begitu saja.Kita ambil dengan penuh gembira tetapi selesa membuang seolah-olah dia tidak pernah berjasa dalam hidup kita. Aneh sungguh perasaan sesetengah kita.Manusia diibaratkan pampers, pakai dan buang. Andainya boleh, pertahankanlah perhubungan kita sehingga akhir usia. Memang bukan semua yang dimilikinya menjadi kesukaan kita, tetapi bukan semua yang ada pada kita juga istimewa buatnya.
Kita sama-sama berkongsi hidup untuk saling memberi dan menerima.
Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanyameragam juga.
Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Adakalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua
yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan.
Semua yang tidak mampu kita miliki bukan penyebab pada ketidakselesaan hidup kita. Ada kalanya yang kita tidak mampu itulah asas kebahagiaan kita,lantaran jika kita mendapat bermakna bertambahlah masalah, menjadilah penyakit dan semakin hilanglah kemerdekaan.
Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang ditangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.
Jangan mudah membuang tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."
SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....
Kata Hamka-Sabarmu bukan kelemahan tapi itulah sebenarnya kekuatan,sebab engkau kuat mengendalikan diri...