AMAL PERBUATAN ANAS SEWAKTU RIBUT BERLAKU
Diceritakan oleh Nadhr bin Abdullah.
"Pada suatu hari ketika Anas masih hidup cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: "Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasullullah s.a.w.?" Dia menjawab:"Aku berlindung dengan Allah s.w.t.. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut kami akan bersegera kemasjid takut kalau-kalau berlaku hari kiamat."Abu Darda bercerita: "Apabi...
AMAL PERBUATAN ANAS SEWAKTU RIBUT BERLAKU
Diceritakan oleh Nadhr bin Abdullah.
"Pada suatu hari ketika Anas masih hidup cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: "Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasullullah s.a.w.?" Dia menjawab:"Aku berlindung dengan Allah s.w.t.. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut kami akan bersegera kemasjid takut kalau-kalau berlaku hari kiamat."Abu Darda bercerita: "Apabila angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. akan berasa cemas. Baginda s.a.w. akan pergi kemasjid."
Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh umat Islam sekarang sama ada dari golongan orang kebanyakan ataupun ulama. Mungkin mereka tidak ketahui yang amalan ini merupakan satu sunnah Baginda Rasullullah s.a.w.
RASULULLAH S.A.W. PADA MASA GERHANA MATAHARI
Matahari telah gerhana pada suatu hari. Para sahabat telah meninggalkan pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang berlatih memanah berlari-lari menuju kemasjid untuk mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sembahyang dua rakaat yang sangat panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis sambil berkata:"Ya Tuhanku, engkau telah berkata yang engkau tidak akan menyiksa (umatnya) selagi aku berada bersama mereka dan selagi mereka meminta keampunan engkau."
Disini terjelaslah yang Nabi Muhammad s.a.w.. merujuk kepada ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Tetapi Allah tidak akan mengazabkan mereka selagi engkau ( Nabi Muhammad s.a.w.) bersama mereka dan DIA tidak akan mengazabkan, mereka meminta keampunan." - (surah AL-ANFAL-33)
Kemudian dia mengucap kepada para jemaah:
"Kamu hendaklah bersegera melakukan solat apabila berlaku gerhana bulan atau matahari. Kalau kamu tahu tanda-tanda hari Kiamat sebagaimana aku ketahui tentu kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. Peristiwa-peristiwa seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah s.w.t. dan bersedekah kepada fakir-miskin."
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....