MUHASABAH:.....Samer2 Fikirkan..
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan
beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan
yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba
seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik
tangan saya dan berrtanya, "Kenapa orang sekarang
kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu
kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."
Terbayang anak perempuan saya yang menu...
MUHASABAH:.....Samer2 Fikirkan..
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan
beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan
yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba
seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik
tangan saya dan berrtanya, "Kenapa orang sekarang
kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu
kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."
Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di
tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah
mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur
dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih
menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya
tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.
"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak
dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam
mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat.
Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar...
umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan
soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..."
tajam Tuk membalas.
"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan
tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.
"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal
akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh
badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya,
seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat
berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah
agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan,
sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?
"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak
matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak
kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran
saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang
menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang
kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu
rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an
ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan...
umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai
belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan
lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka
kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah
diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas
kerukunan rumah tangga."
"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang
otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut
keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja
kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang
ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali
naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa
Tuk, biar hidup kita tenang."
"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang
kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka
ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh
pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak
bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu
lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun
masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam?
Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung,
"Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala
ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat
mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya
rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun
nikah saja..."
"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin
isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang
paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio,
tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti
terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu
disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua,
ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak
perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin
nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada,
persediaan material ada."
"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin
kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan
agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu
agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut.
Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi
selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja,
profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut
keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut
usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit
ada, calon pulak tak ada..."
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?"
terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya
sedari.
"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam,
keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat
jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila
dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah
keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh
mengundang seribu wacana para sarjana!
betul gak.pendapat kalian?ermmm...fikir2 kan
sumber:forwaded email
"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."
SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....
inas... lerrr tak kawen mende, gua dah anak 3 doh
"Udep Sare Mati Syahid"