husna
husna
21 years
1075 views

Tarikh mati

Kalaulah berpeluang memilih tarikh, bila agaknya kita rasa sesuai untuk mati. Meninggalkan orang yang tersayang, kedudukan, harta benda dan yang lebih penting bila agaknya kita rasa benar-benar bersedia untuk mengadap Allah. Berapa haribulan?

Apakah persiapan yang kita ada ni cukup? Jika tidak, bila cukupnya?

Apakah pula persiapannya?

Marilah kita pakat-pakat pikir pada malam jumaat ni. kalau kita masih sempat!

7 comments
Share this post

Comments (7)
husna
Persoalan inilah yg sentiasa bermain di hati ini. Tidak gentar utk tinggalkan dunia tapi tak sanggup hadapi dunia yg satu lagi, Malaikat Mukar & Nakir, Jengking,Kala & Ular, Kepanasan yg tak dapat dibayangkan, Titian Sirat....

Apakah persiapan yang sebenarnya?

Solat 5 waktu?

Buat rukun yg lima?

Tutup Aurat?

CUKUPKAH?
21 years
yleadh
yg confirm tahu bila tarikh matinya road tax tu..



"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
en. dzul
rasanya bagus lagi orang yang kena hukum gantung tu... dah tau bila dia akan mati...

kita setiap hari wajib meminta hidayah daripada Allah S.W.T sebanyak paling kurang 17 kali....

ihdinassirotolmustaqim...

sempurnakanlah iman dan amal...

iman adalah jaminan untuk ke syurga...

tapi tiada siapa yang dapat menjamin bahawa dia akan dapat mati dalam keadaan beriman...

risaulah tentang iman kita & risaulah tentang iman orang2 di sekeliling kita
21 years
sayuqkulat
kalo dpt tau tarikhnyer biler sure semua manusia dlm dunia ini baik2 belaka..tiada yg terleka semuanya sentiasa beringat sentiasa....

Naper lah dlm dunia hari ni manusia di penuhi dgn hasad dengki, iri hati, tiada budi pekerti, yg baik budi boleh di bilang dgn jari.....
21 years
Itaarissa
Allah menghidupkan aku hari ini kerana Dia memberi peluang untuk aku bertaubat dari dosaku yg menimbun.......membukit dan menggunung.........

Bekal????????entah2 hanya cebisan debu2...yg tak pernah berharga......kufikirkan ia bekal rupanya hanyalah debu2 yg tiada nilai.........di sisiNya........

Persiapan? aku masih pada titi perjalanan ini........benarkah perjalanan ini ????? Hanya Kau yg menunjuki...tiada yg lain...hanya kau Ya Rabbi......

Aku takut dgn persoalan ini...bukan takut pada indahnya duniawi...tapi takut kembalinya aku bukan disisi redhaNya...tapi................nauzubillahiminzalik.
21 years
qutreen
sentiasa la bermuhasabah ttg diri sendiri,,,

~lahirnya manusia disambut dgn azan,matinya manusia diiringi dgn solat,antara azan dan solat,alangkah singkatnye hidup ini...~
21 years
en. dzul
bagusla kalau ada pikir camtu... persiapkanlah IMAN & AMAL... hanya ini saja yang boleh di bawa ke kubur... sebentuk cincin pun tak leh nak di bawa...
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.