en. dzul
en. dzul
21 years
986 views

Luahan

Assalamu'alaikum W.B.T

Maha Suci Allah Yang Maha Agung Dan kepadaNyalah segala pujian... Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi Dan kepadaNyalah segala pujian… serta selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Warga MM yang di muliakan Allah S.W.T... maaf jikalau coretan seterusnya bakal menyinggung sesiapa… ana merujuk kepada forum bertajuk “fahami apa itu sunnah”… copy & paste… diulangi sekali lagi… copy & paste… dan di ula...

12 comments
Share this post

Comments (12)
en. dzul
Alhamdulillah
21 years
Itaarissa
Maaf..panjang lak saya berleter...padahal diri sendiri entah aper2 jer......

solat pun tunggang langgang lagi nak persoal ibadat orang lain...maaf bebanyak erk......

sbb tu lah diam lebih baik dari berkata2 .
21 years
Itaarissa
Apa kata saudara Dzul kontek jer dgn saudara TJ tuh...bersembang2 dgn dia sendiri....

alahai sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita manusia biasa yg banyak salah silapnya.....

pada pendapat saya selama setahun di BDN...saya rasa TJ bukanlah seorang yg memperlekehkan sunnah...kalau tidak masakan dia boleh mengarang buku.....bersama kawan2nya about akidah.........

tentang debatnya dgn saudara astora Jabat........

Dan saya rasa kehadirannya di BDN adalah salah satu usaha untuk melaksanakan satu sunnah besar Rasulullah iaitu berdakwah.....amal makruf nahi mungkar.

Lagipun dia dah biasa berdepan dgn non_muslim... bertanya about akidah.......jd kadang2 disitu kesabaran yg diperlukan adalah lebih tinggi...walau bagaimana sensitif pun soalan harus ditangani dgn bijak...ibarat menarik rambut dalam tepung.......rambut tak putus.......tepung tak berterabur....

Sbb bila baca balik semula posting tuh...diawal2 lagi TJ dah mintak maaf kerana dia tahu pasti ada orang yg tak senang dgn apa yg dinyatakan itu.

Yang ptg untuk direnung ialah.....menyintai dgn taksub adalah berbeza.

Bila cinta ia ada sandaran.....bila taksub...yg salah juga diturutkan. Cintailah dia dia kerana dia Hamba Allah. Rasulullah juga zahirnya manusia biasa seperti kita.....yg menjadi baginda luar biasa kerana ketaatan dan cinta yg luhur jernih tulus ikhls pada Ilahi...tiada tolok bandingnya lagi.

Cth macam percaya pada kekeramatan para wali...kita kagum pada kekeramatan mereka bukan pada ketaatan mereka pada Allah. Itulah yg cuba diperbetulkan sebenarnya. Kekeramatan tersebut adalah anugerah Allah kerana ketaatan dan kedudukan mereka yg hampir dgn Allah. Tapi yg berlaku dalam masyarakat......kerana kagum dgn kekeramatan tersebut...berlaku perkara khurafat....berdoa pada kubur para wali. Padahal tiada nas yg sahih pun.

Begitu juga cinta pada Rasulullah...amalkan yg wajib dan sunat dulu...barulah pergi kepada yg harus...ikut prioriti. Jika benar cinta.....berapa ramai yg penuhkan masjid...kerana sahut seruan berjemaah dan makmurkan masjid? Berapa ramai yg Qiamullail setiap malam waima satu rakaat witir? Adakah hakikat cinta itu apa yg terzahir atau apa yg bermain dihati?

Jika seorang lelaki hanya ada sehelai kain pelikat buruk dan sehelai t-shirt sahaja dalam hidupnya..adakah bermakna dia tak dapat pahala mengikut sunnah rasul? Sbb itu kalau kita perhatikan semula.....ramai para ustaz tidak berjubah dan berserban pun.....tapi menutup aurat.......bukan menyatakan bahawa jubah dan serban itu bukan sunnah nabi tp tiada nas sahih yg mewajibkan atau menyatakan bahawa berpakaian begitu adalah sunnah yg wajib atau sunat.

Berapa orang yang setiap malam sujud sebagaimana sujudnya Rasulullah sehingga bengkak2 kaki...bukankah itu sunnah sunat yg lebih patut dituruti? Berapa ramai yg menangis sebagaimana menangisnya Rasulullah dimalam hari serta bila melihat saudara seagama melakukan maksiat pada Allah?

Saya tahu semua orang akan sensitif bila orang mempertikaikan ttg sunnah rasul...tapi benarkah apa yg menyentuh hati itu perkara yg perlu diutamakan?

Saya lebih bengang bila lihat rumah Allah kosong..mana pergi lelaki2 muslim semua? saya lagi bengang bila melihat orang bercouple/berdating sana sini....betapa mereka tidak malu pada rasulullah.

Berapa ramai meneruskan dakwah rasulullah kepada familynya? kawannya? supaya taat perintah Allah dan Rasul?

Bercerita ttg sedih nih teringat dgn sorang adik tuh...dia cakap dia nak kenal islam hakiki...kalau boleh dia nak jumpa Rasulullah sendiri.......bukankah kalau kita fahami betul2.......bahawa ulamak itu pewaris nabi.....menuntut ilmu itu jihad........jika dia faham perkara tersebut.....tidak akan keluar perkatan nak jumpa sendiri rasulullah kerana faham proses menuntut ilmu itu jihad yg sukar.....tu baru tuntut ilmu...belum lagi nak praktik. Kalau cerita rindu kat Rasulullah amalkanlah sebanyak mana perkara wajib dan sunat yg terdaya oleh kita...berkasih sayang selama orang mukmin...bukankah Rasulullah amat suka pada umatnya yg berkasih sayang?

Apa yg rasulullah suka itu adalah kesukaannya

Apa yg Rasulullah benci itulah kebencianNya

So soklan saya....Dzul nih dah kawen dah ker? sunnah besar tuh....

Dah solat tiap2 malam ker?

Dah hafal Quran ker?

Dah dakwah sebaiknya pada semua orang ker?

Berdakwah..iaitu menyeru kepada kalimah syahadah adalah kewajipan kita.

Mengangkat Allah sebagai tuahan yg satu dan rasulullah sebagai rasulnya.

P/s; Jika benar cinta utamakan sunnah yg wajib dan sunat dulu......

Maaf kalau jawapan saya macam marah...tp baca dgn intonasi nasihat erk.
21 years
Zana.
Syabas...

Berkata benar sekalipun pahit..



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
yleadh
hermmm tahnniah saudara dzul, kerana kesabaran masih mampu mengawal diri saudara..

seeloknya kalau artikel dari web lain di bawa ke sini, biorle dengan penuh, jangan sampai boleh menimbulkan kekeliruan nanti..

tahnniah juga utk ita kerana dapat memberi penerangan dalam suasana yang harmoni..

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
en. dzul
Jazakallahukhairankatsira

ana mohon maaf dan ana maafkan... bersusah payah saudari nak fahamkan ana tapi ana masih tak faham... takpelah... abaikan jelah... ana tak suka berbalah2 ni... ana hanya boleh bertoleransi dalam bab hukum(fiqh) saja kerana ulamak masih mempunyai pendapat yang berbeza2 bergantung pada nas2... tapi kalau masuk bab akidah... bab iman pada Allah, iman pada Rasul & iman pada lain2nya maka ana terlalu susah nak bertoleransi... harap saudari faham
21 years
Itaarissa
Hari tu ada saudara Fosilmitra inform ttg gathering dgn group BINCANG DOT NET...BDN nih.....

baru 2 hari lepas ......kalau lah saudara dzul sempat berjumpa dengan saudara TJ mungkin salah faham nih tak timbul.......

kalau ada tak puas hati.....dan nak tanya perkara yg lebih detail ttg perkara nih pun...ada no phone saudara Tok Janggut nih......

klik dekat link nih ok.....

http://bincang.net/forum/showthread.php?t=62329

sekali lagi saya mintak maaf sebab timbulkan fitnah pada penulis asal dan timbulkan kemarahan pada saudara dzul.
21 years
Itaarissa
Usah menjadi seperti Musa dan Khidir......terlalu banyak perkara yang terhijab pada pandangan mata manusia.....apatah lagi kita sekadar orang awam

seperti juga kisah seorang lelaki warak yang melihat seorang lelaki memegang botol arak dan memeluk seorang perempuan......padahal yg diminum sekadar air biasa manakala yg dalam pelukan adalah ibunya......

oklah kalau ada masa...jom tengok apa yg sebenarnya berlaku kat sini......

http://bincang.net/forum/showthread.php?t=62529

p/s; maaf kalau saudara dzul terasa ngan kata2 saudara Tok janggut.....tapi andai mendengar soalan pertama kat sini...bagaimana kah agaknya reaksi anda? mampukah masih bertenang untuk menyampai hakikat yang sebenar dalam senyuman walaupun dihati membara Allah jer yang tahu?

Yang penting bersangka baik....sbb kita tak pernah tahu apa yg tersirat dihati manusia...

satu lagi saya minta maaf...kerana hanya menampal satu part jer.......kalau sudi bacalah terus dari link yg saya masukkan.......so anda akan dapat fahami hakikatnya.
21 years
jannah1976
Yes, Islam is the way of life..
21 years
en. dzul
terima kasih atas nasihat kak sal...

mungkin ana menulis dengan keadaan marah berbaur sedih yang amat sangat... ana sendiri pun tak tau siapa penulis... tapi harap2 warga MM boleh ambik iktibar...

bila orang mempertikai sunnah, ana rasa macam ada orang yang menghina Rasulullah... mungkin apa yang ana faham berbeza... kefahaman manusia berbeza-beza...

nasihat ana sekalipun kita tak ada kekuatan untuk amal kesuluruhan sunnah Rasulullah tapi jangan lah sekali kali kita mempertikaikan/memperlekehkan sunnah Rasulullah... yakinlah "sunnah ada kejayaan"... ana mohon maaf
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.