Ramai di antara kita amat takjub apabila diforwardkan atau dibacakan atau terdengar suatu hadis. Tetapi tidak ramai dari kita sedar akan disiplin mengambil hadis dan kaedah yang sebetulnya dalam mengambil dan mengamalkan hadis. Ada pula terjadi dikalangan pemuda/i yang baru berjinak-jinak dengan Islam, berjumpa dengan satu hadis, kemudian terus menghukum dengan hadis tersebut. Inilah bahayanya.
Disiplin mengambil hadis;
Di dalam kita mendengar sesuatu hadis, kita harus sedar satu perkara...
Ramai di antara kita amat takjub apabila diforwardkan atau dibacakan atau terdengar suatu hadis. Tetapi tidak ramai dari kita sedar akan disiplin mengambil hadis dan kaedah yang sebetulnya dalam mengambil dan mengamalkan hadis. Ada pula terjadi dikalangan pemuda/i yang baru berjinak-jinak dengan Islam, berjumpa dengan satu hadis, kemudian terus menghukum dengan hadis tersebut. Inilah bahayanya.
Disiplin mengambil hadis;
Di dalam kita mendengar sesuatu hadis, kita harus sedar satu perkara: Apakah status hadis tersebut? Kebanyakan penceamah-penceramah yang berceramah di masjid atau di mana-mana media masa gagal dalam menyatakan periwayat hadis tersebut. Hadis yang boleh di ambil kira ialah hadis yang diriwayatlan dalam kutub as sitah atau salah satu dari kitab yang enam, yakni Bukhari, Muslim, Ibn Marjah, Tarmizi, Abu Daud dan An Nasai. Walaupun ada sedikit hadis sahih yang tidak terdapat dalam kitab yang enam ini, dalam kita tidak pasti apakah status hadis tersebut, maka adalah lebih sejahtera kita mengambil dari salah satu periwayat di atas.
Ini kerana kita harus berhati-hati dalam meyampaikan sesuatu hadis yang kita dengar melainkan kita sudah pasti kedudukan hadis tersebut. Ini kerana sabda Rasullulah saw:
"Barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya di neraka" (Riwayat Jamaah) dari Abu Hurairah. Menurut imam nawawi hadis ini diriwayatkan oleh 200 orang sahabat. Taraf hadis Mutawatir (peringkat tertinggi hadis)
Contoh hadis maudu' (palsu)
Banyak contoh hadis palsu yang banyak disebarkan sama ada oleh golongan sufi, yahudi ataupun golongan syiah pada zaman awal kebangkitan Islam. Contoh yang ketara ialah seperti berikut:
-
Fadhilat solat tarawih mengikut malam - hadis ini maudu'
-
Kelebihan puasa sunat bulan syaaban (umpamanya).
dan lain-lain.
Bahaya lain:
Di antara bahaya lain di dalam orang yang mengambil hadis tetapi tidak tahu ulum hadis ialah dengan mengambil hadis hukum tanpa mengetahui cara dan kaedah syarak mengambil hadis tersebut.
Kita harus sedar ada hadis yang dimansuhkan oleh hadis yang lain. Ada hadis yang di kuatkan dan ada hadis yang bertujuan menjelaskan mengikut keadaan pada masa tersebut sahaja serta untuk maksud yang terperinci dan bukannya bermaksud umum. Umpama hadis yang selalu menjadi kontoversi ialah melabuhkan pakaian. Ada yang mengambil hadis ini sebagai hadis hukum sehingga sesiapa yang melabuhkan pakaian dikata hukumnya haram malah ada yang mengkafirkan orang yang melabuhkan pakaian sewaktu solat. Mereka yang bertindak sebegini jelas tidak faham maqosid atau tujuan hadis tersebut. Hadis lain yang menyampingi hadis tersebut yang menjelaskan apakah maksud hadis tersebut.
Hadis Daif:
Ada yang berhujah bahawa hadis daif boleh digunakan untuk beramal diri sendiri. ini adalah pandangan Imam Nawawi. Tidak salah, asalkan hadis tersebut tidak terlalu daif dan dikuatkan oleh hadis sahih yang lain dan tidak digunakan untuk menguatkan hujah dan menjadi perkara hukumatau akidah.
Contoh hadis daif:
-
Tuntutlah ilmu sehingga sampai ke negeri china
-
Para sahabatku adalah umpama bintang di langit...
Dan lain-lain..
Sebagai umat Islam yang bertakwa, seharusnya kita berhati-hati dalam mengambil hadis dan menyampaikannya. Ini kerana amaran Rasullulah saw pd hadis yang dinyatakan sebelum ini.
Ini juga sebagai langkah membersihkan Islam dari sebarang kepalsuan ciptaan perosak2 Islam.
thanks - fosilmitra bdn.
"Udep Sare Mati Syahid"