Din69
Din69
21 years
1844 views

NASIHAT IMAM SYAFIE: PANDUAN BERSAHABAT

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan...

11 comments
Share this post

Comments (11)
iman
Bukan senang untuk mencari sahabat yang sejati ..Hanya Iman dan Takwa pembimbing diri....
21 years
Imran
Astaghfirullahalazim, lupa nak beri salam dulu ... Assalamuailakum Warahmatullah semua ..
21 years
Imran
musyahadah=penilaian ?
21 years
Hmz
sahabat itu ialah, apabila engkau bersamanya, bertambahlah ilmu mu, apabila kau memandang wajahnya, kau akan teringat akan Allah, hatimu menjadi tenang. sahabat itu juga ialah, menyembunyikan keaibanmu, dan sering setia mendengar percakapanmu.. semoga kita mendapat sahabat sebegini.

Tunjukkan kami jalan yang lurus...
21 years
sausan
musyahadah-apabila bertemu dan berbicara dengannya cahaya mata hatimu akan sejuk bercahaya dengan cahaya akhirat .Pengucapannya adalah butir-butir pengajaran yang luar biasa, berhikmat serta menjejaki dasar syraiat, dan hakikat malah ianya berbeza dari yang lain kerana ia mengeluarkan dari sesuatu yang dilihat dan diambil dari alam ghaib yang hanya dapat ditembusi oleh hati yang bersih

"Ini nyanyi rindu, kerja TUHAN siapa tahu"
21 years
en. dzul
tumpang tanya... saya budak baru belajar

musyahadah tu apa maksudnya? kata2 ke?
21 years
sausan
Kata Abu Hassan RA;

Jangan engkau bersahabat dengan orang yang melebihkan akan dikau atasmu. Maka yang demikian itu terlebih sangat jahat dan jangan engkau bersahabat seorang yang melebihkan dikau atas dirinya. Maka yang demikian itu sedikitlah berkekalan dan bersahabatlah engkau dengan orang yang sebabnya menerangkan hati engkau dan musyahadahnya membuka segala yang ghaib.



"Ini nyanyi rindu, kerja TUHAN siapa tahu"
21 years
en. dzul
Jazakallahukhairankatsira
21 years
Wan Kasmah Daud
Terima kasih Din ... bukannya senangnya nak dapat sahabat yang sebegitu, memanglah ada tapi payahlah sikit ......
21 years
Xmeng
"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan."



Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.