Edisi KL: Bayi mungkin sudah dibaham buaya
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf
abror@hmetro.com.my
BANTING: Bayi lelaki yang disyaki dibuang ke Sungai Langat di Teluk Mengkuang, di sini, Sabtu lalu mungkin dibaham buaya yang pernah dilihat di kawasan itu sebelum ini.
Jika benar, usaha mengesan bayi malang berusia tujuh bulan itu mungkin sia-sia, malah menyukarkan siasatan polis.
Sehingga semalam, mayat bayi malang itu belum ditemui walaupun polis mendapatkan bantuan Unit Penyelam Tentera Laut...
Edisi KL: Bayi mungkin sudah dibaham buaya
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf
abror@hmetro.com.my
BANTING: Bayi lelaki yang disyaki dibuang ke Sungai Langat di Teluk Mengkuang, di sini, Sabtu lalu mungkin dibaham buaya yang pernah dilihat di kawasan itu sebelum ini.
Jika benar, usaha mengesan bayi malang berusia tujuh bulan itu mungkin sia-sia, malah menyukarkan siasatan polis.
Sehingga semalam, mayat bayi malang itu belum ditemui walaupun polis mendapatkan bantuan Unit Penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Shah Gzali Khan Shahadad, berkata berdasarkan maklumat awal ada buaya di sungai berkenaan.
“Polis yakin bayi itu sudah meninggal dunia ketika dia dihumban ke Sungai Langat,†katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Shah Gzali, polis segera menjalankan gerakan mencari secara intensif Ahad lalu, sehari selepas seorang lelaki dilaporkan membuang bayi berkenaan ke sungai itu.
“Berdasarkan maklumat, lelaki itu dikatakan menyumbat bayi berkenaan dalam karung guni dan mengikatnya kepada sesuatu objek berat sebelum menghumban ke sungai,†katanya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan kehilangan misteri seorang bayi lelaki dipercayai hilang selepas menjadi mangsa dera bapa tirinya.
Polis yang mendapat maklumat daripada orang awam menjalankan siasatan lanjut terhadap seorang wanita juga ibu bayi terbabit.
Pada peringkat awal, suri rumah berusia 27 tahun itu dipercayai cuba berhelah dengan mendakwa anaknya dibawa suaminya ke hospital kerana demam.
Bagimanapun, polis yang mengesyaki sesuatu menjalankan siasatan lanjut dan mendapati rekod hospital tidak mencatatkan ada bayi seperti digambarkan serta pernah dirawat di situ.
Selepas disiasat lanjut, polis diberi tahu suami wanita itu berusia 24 tahun serta pemabuk, mungkin membuang bayi itu ke sungai berhampiran rumah mereka di Teluk Mengkuang.
Ketika ini pasangan suami isteri terbabit dalam tahanan reman.
Shah Gzali berkata, polis meminta kerjasama nelayan serta penduduk tempatan memerhatikan sungai serta muaranya jika terjumpa sesuatu mencurigakan.
“Bantuan mereka sangat penting untuk mencari mayat bayi itu.
“Ada juga kemungkinan mayat itu terapung di laut,†katanya
"belakang parang kalau di asah tajam juga"
@}>--- i am what i am @}>---