http://www.geocities.com/adzli_muhd/solat.html
NEW YORK: Profesor Islam wanita yang menjadi imam solat Jumaat kepada jemaah bercampur lelaki dan perempuan di New York minggu lalu terus mendapat bantahan keras daripada orang serta ulama Islam di seluruh dunia khususnya dari Mesir serta Arab Saudi.
Selain tunjuk perasaan yang diadakan di New York, sebuah akhbar Mesir, Al-Messa dalam berita muka depannya menyebut: Mereka Mencemari Imej Islam di Amerika.
Akhbar itu menganggap Dr Amin...
http://www.geocities.com/adzli_muhd/solat.html
NEW YORK: Profesor Islam wanita yang menjadi imam solat Jumaat kepada jemaah bercampur lelaki dan perempuan di New York minggu lalu terus mendapat bantahan keras daripada orang serta ulama Islam di seluruh dunia khususnya dari Mesir serta Arab Saudi.
Selain tunjuk perasaan yang diadakan di New York, sebuah akhbar Mesir, Al-Messa dalam berita muka depannya menyebut: Mereka Mencemari Imej Islam di Amerika.
Akhbar itu menganggap Dr Amina Wadud seorang profesor pengajian Islam di Universiti Komanwel Virginia yang menjadi imam kepada jemaah bercampur diantara 80 dan 100 orang sebagai wanita gila.
Di Arab Saudi, Mufti Besar Abdul-Aziz al-Sheik turut mengutuk kejadian itu manakala Ketua Masjid Al-Azhar, Sheik Sayed Tantawi pula berkata Islam hanya membenarkan wanita menjadi imam kepada golongan yang sama dengan mereka.
Ketua Jabatan Islam Kolej Wanita Universiti Al-Azhar, Soad Salleh menyifatkan tindakan Wadud sebagai mempunyai unsur ajaran sesat dan bakal menerima hukuman daripada Allah.
Sementara itu, di New York, polis semalam terpaksa menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang membantah tindakan Wadud menjadi imam solat Jumaat di sebuah masjid dikenali Rumah Synod dekat Cathedral of St John di New York.
Wadud mengimamkan solat Jumaat di sebuah masjid di New York selepas seorang wanita tidak memakai telekung melaungkan iqamat.
Lebih 100 jemaah lelaki dan wanita bersolat Jumaat tanpa ada tirai yang memisahkan mereka sebagaimana amalan biasa. Sesetengah jemaah lelaki beberapa kali dilihat gelisah dan keliru dengan tindakan mereka. Peristiwa itu mendapat
liputan meluas daripada wartawan, jurugambar media cetak serta televisyen.
Penganjur solat Jumaat itu berkata, tiga masjid di New York sebelum itu tidak membenarkan Wadud menjadi imam solat Jumaat di premis mereka. Wadud kemudian menjadi imam solat Jumaat di Rumah Synod sehingga menerima ancaman bom.
Mereka yang mahu bersolat Jumaat pada majlis itu terpaksa mengesahkan kehadiran terlebih dulu menerusi e-mel dan diperiksa seluruh badan sebelum dibenarkan memasuki masjid.
Majlis itu ditaja Persatuan Kebebasan Wanita Muslim (MWFT) dan MuslimWakeUp.com sehingga mengundang perdebatan hangat di kalangan ulama Islam di seluruh dunia.
Sabtu lalu, seorang ulama terkemuka dunia di Al-Azhar di Kaherah, Mesir berkata Islam hanya membenarkan wanita menjadi imam kepada golongan yang serupa dengan mereka tetapi tidak kepada orang lelaki.
Ahli kumpulan Muslim Brotherhood dan ulama konservatif terkemuka yang berpangkalan di Qatar, Sheikh Yussef Al-Qaradawi turut mengutuk keras Wadud dengan menegaskan bahawa Islam melarang sama sekali wanita berbuat begitu kecuali semua jemaahnya adalah perempuan.
Semua ulama Islam bersetuju bahawa wanita tidak boleh menjadi imam kepada lelaki, kata Qaradawi dalam fatwanya yang disiarkan akhbar tempatan di Qatar.
Solat dalam Islam yang dilakukan secara berdiri, menunduk (rukuk) dan sujud tidak sesuai dilakukan dalam keadaan lelaki dan perempuan bercampur. Solat memerlukan ketenangan dan tumpuan jitu untuk berkomunikasi terus dengan Allah, kata Qaradawi yang dilahirkan di Mesir. - AP
(Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa ERTI yang NYATA
2. Kalau suami tak bagi khutbah pada hari tu & suruh jaga anak...camne ?