Zana.
Zana.
21 years
973 views

Ku Rindui . . .

Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara

Berkilau bersinar berkerdipan

Subur menghijau bumi terbentang

Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi

Diwaktu hujan turun

Menyirami ketandusan hati

Dan hujan turut mengiringi

Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan

Begitulah cinta ini

Semesra bumi yang disirami

Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata

Bersama pedih, bersama rindu

Kau datang dan kau pergi jua

Rindu lagi...

-bila la hujan nak turun mencurah...

37 comments
Share this post

Comments (37)
Zana.
Eh!Eh! jangan marah...

Nak tanya...

Anak kesayangan boss ke nie???





"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Zana.
yleadh.. ada nie..

biasalah sambil menyelam..

Emm.. gitulah agaknya

Namun yleadh...

"Aku berjalan selalu di pantai ini. Antara pasir dan buih, Air pasang bakal menghapus jejakku. Dan angin kencang menyembur hilang buih putih. Namun lautan dan pantai akan tinggal abadi."

gitulah kita di MM yang damai...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
yleadh
heh heh heh zana.. gitu le.. masing masing ngan komitmen sendiri sendiri..

chowwwwwwwwwwwww

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
yleadh
dah tadak org? tadak org..?

ok le.. kali ni kena kuar betul betul.. boss panggil ajak kuar makan..

heh heh heh

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
Zana.
yleadh.. biar zana tambah lagi

"cucu tokwan, semut api, zabarjad, ozziey....."

yleadh...

"Apakah nyanyian laut berakhir di pantai atau dalam hati-hati mereka yang mendengarnya? "



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
yleadh
heh heh heh nak wat camno..?

gitu le putaran hidup..

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
HaniS
hehehe....pak besenn..carik2 la mereka ..guna besen tu
21 years
yleadh
ha ha ha bedek je.. mana ada beb.. test power namanya tu..

cuma teringat je kat geng geng dulu dulu..

mana kah korang usu, deen sasa, pang5, penggali kubur, penjejak awan, kai, teman, selipar jepun, imm, apeace, biskut........ mana korang..???????

"Udep Sare Mati Syahid"
21 years
Zana.
Eh! yleadh... tugasan dah menyahut ye...

yleadh... ada gurau senda baru ada kemanisan persahabatan....



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
HaniS
hehehehe...pak besen
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.