Zana.
Zana.
21 years
1270 views

CINTA SEJATI SEORANG IBU . . . >>>>

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kem...

4 comments
Share this post

Comments (4)
Zana.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Elegant Aries
Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan ini tanpa ibu disisi. Aku yang dibesarkan dengan belaian dan kasih sayang masih teringat detik-detik terakhir ibu ku sebelum pergi untuk selama-lamanya. Permintaan terakhir dari ibuku; "Andak bacalah ayat-ayat suci buat mak, setiap kali Andak bacakan ayat-ayat suci mak rasakan sejuk ubun-ubun kepala mak" Aku pun teruskan pembacaan ayat-ayat suci sehinggalah pada jam 12.00 mlm tanda-tanda kematian semakin dekat, aku teruskan jua pembacaan kira-kira jam 12.04 pagi aku memberhentikan bacaan ku dan aku terus menyebut ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH seberapa banyak yang boleh agar memudahkan ibuku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tepat 12.05 pagi ibu ku pun pergi menemui ALLAH. Kini telah lebih 40 hari ibu ku meninggal dunia. Bahang kasih sayang ku pada nya tidak luntur walaupun sesaat. Aku merindui ibuku. Aku kehilangan tempat untuk mengadu. Aku redha, sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Justeru itu kepada insan-insan yang masih beribu dan bapa tunjukkanlah kasih sayang mu terhadap mereka. Aku tidak mempunyai harta kekayaan. Yang aku ada hanyalah kebolehan membaca Al-Quran. Untuk ibu dan bapa ku yang tersayang selagi nyawa ini dikandung badan akan ku sedekahkan pahala bacaan Al-Quraan yang ku baca setiap hari untuk mu. Itulah saja yang termampu aku lakukan untuk mu. Semoga roh ayah dan ibu ku berada disisi orang-orang yang bertaqwa dan beriman, Amin.

Insan biasa yang rendah hati hanya mengharapkan keredhaan dari ALLAH S.W.T. Sentiasa muhasabah diri untuk mengenali diri sendiri.
21 years
Kupunyati
... ......

"Hatiku....hatiku JUa
21 years
Zana.
IBU

Oh Ibu....

Kau disiram bayu pagi

Kehilangan terasa kini dan kesepian

Dan aku....

Bagai purnama gerhana

Di ibarat lautan kering

Tiada tempat kulayarkan

Hasratku ini

Masih belum sempat

Ku buktikannya

Padamu Ibu tersayang

Kucurahkan rahsia hati

Kutatapi potretmu berulang...kali..

Kurenungkan kalimat yang diberi

Tuhan Yang Esa...

Ampuni dosa Ibu

Tempatkan mereka

Di antara kekasih-kekasihMu

Oh Ibu...kau kasih sejati

Kutaburkan doa

Untukmu Ibu

Ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan

Hingga akhir hayatmu....

Di saat ini

Kuteruskan hidup

Tanpa bersamamu Ibu...

Tuhan Yang Esa...

Ampuni dosa Ibu

Tempatkan mereka

Di antara kekasih-kekasihMu

Oh Ibu...kau kasih sejati

Kutaburkan doa

Untukmu Ibu

Ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan

Hingga akhir hayatmu....

Ibu.......

Kini aku hilang tempat mengadu

Oh Ibu...

Damailah engkau di sana

Kutaburi doa mewangi

Hadiah dari anakmu...

Ibu........



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.