mutiara79
mutiara79
21 years
1793 views

PTPTN OT ISSUE

masih ramai bekas pelajar yg meminjam melalui dana ini gagal melunaskan hutang mereka..April ini 200 org peminjam akan dihadapkan ke pengadilan...mengapa perlu begitu.jika tahu meminjam mestilah tu pula tahu utk membayar semula.fikirkan lah nasib adik-adik yg memerlukan pinjaman dari dana ini..jgn di sebabkan kita mereka tiada peluang utk menimba ilmu ...sedarlah

reinna

4 comments
Share this post

Comments (4)
leeza
Peminjam-peminjam PTPTN boleh membayar balik pinjaman melalui kaedah-kaedah berikut:

1* POSKAN CEK/BANK DERAF/KIRIMAN WANG

Bayaran Melalui cek/bank deraf/kiriman wang hendaklah berpalang dan dibayar atas nama ‘PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL’. Sila poskan bayaran anda menggunakan sampul surat. Alamatkan surat anda kepada:

Ketua EksekutifPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalLot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase PerdanaOff Jalan Semantan, Damansara Heights50490 Kuala Lumpur(u.p: Unit terimaan)

*Jangan kirimkan wang tunai.Pastikan No. Kad Pengenalan dan nama anda ditulis dibelakang cek/bank deraf/kiriman wang



2: BAYARAN SECARA ON-LINE

Bayaran secara on-line melalui website www.maybank2u.com.Anda perlu mempunyai akaun Maybank dan berdaftar sebagai pengguna perkhidmatan Maybank2U.Jika belum mendaftar, anda boleh pergi ke ATM Maybank/Mayban Finance yang berdekatan dengan memilih Menu Permohonan Maybank2U. Untuk keterangan lanjut, hubungi Maybank Hotline 03-2072 7788



Bayaran secara on-line melalui website Bumiputra Commerce Bank(BCB) iaitu www.channel-e.com.my. Anda perlu mempunyai akaun BCB dan berdaftar sebagai pengguna channel-e. Sekiranya anda adalah pemegang akaun BCB dan sudah mempunyai ATM kad, sila pergi ke ATM BCB yang berdekatan untuk mendaftar sebagai pengguna Channel-e. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi BCB Service Centre 1300-880-900.

Bayaran secara on-line melalui website Bank Islam iaitu www.bankislam.biz. Anda perlu mempunyai akaun Bank Islam dan berdaftar sebagai pengguna perkhidmatan bankislam.biz. Sila pergi ke cawangan BIMB yang berdekatan untuk pertanyaan lanjut.

Bayaran secara on-line melalui website RHB Bank iaitu www.rhbbank.com.my. Anda perlu mempunyai akaun RHB Bank dan berdaftar sebagai pengguna perkhidmatan RHBbank.com.my. Untuk pertanyaan lanjut sila ke kaunter RHB Bank yang berdekatan.

3C BAYARAN MELALUI KAUNTER

Datang ke kaunter perkhidmatan PTPTN di alamat seperti di atas. Bayaran melalui wang tunai diterima.

Semua cawangan Bank Islam seluruh Malaysia. Bayaran melalui wang tunai diterima. Sila gunakan Borang Slip Pembayaran Bil yang boleh didapati di bank.

Semua cawangan Bank Bumiputra Commerce seluruh Malaysia. Bayaran melalui wang tunai diterima. Sila gunakan Borang Khidmat Pungutan yang boleh didapati di bank.

4 POTONGAN GAJI MELALUI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Sila berhubung dengan pihak PTPTN terlebih dahulu dengan memaklumkan nama dan alamat majikan.

ps: harap dgn maklumat ini dapat membantu mempermudahkan anda melunaskan bayaran PTPTN anda...TQ..ade alasan lg ke??



KaWaN tak Selamanya menjadi KaWaN, MuSuh tak Selamanya menjadi MusUh?
21 years
Mami Ros
....

Rasanya kalau kita tahu kepejabat untuk urusan peminjaman , kita patut

jugak tahu jalan ke pejabat untuk pembayaran balik.

Bukan disuruh bayar sekali gus.... ansuran...

Jangan samakan pejabat peminjam lain , memasing ada pengurusan sendiri.



Memang leceh dan payah sungguh nak buat org lain paham dan mengerti apa maksud yang ingin kita sampaikan...
21 years
SHAHRUL
susah nak bayar sepatutnyer dier buat cam pinjaman MARA... buka kauter bayaran banyak banyak
21 years
style108
Walaupun peminjam bertanggung jawab untuk membayar pinjaman. PTPTN perlulah cekap dalam pengurusan untuk memastikan maklumat peminjam dikemaskini dan mudah di kesan. seperti bekerjasama dgn BMC,FIS, ...tapi PTPTN sangat lemah dalam pengurusan... nak buek cam no?

no
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.