assalamualaikum...
jom baca!!!
• Ketika Berusia Setahun, Ibu Suapkan Makanan Dan Mandikan Kita. Cara
Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Hanyalah Dengan Menangis Sepanjang
Malam.
• Apabila Berusia 2 Tahun, Ibu Mengajar Kita Bermain, Kita Ucapkan
Terima Kasih Dengan Lari Sambil Ketawaterkekeh Kekeh Apabila Dipanggil.
• Menjelang Usia Kita 3 Tahun, Ibu Menyediakan Makanan Dengan Penuh
Rasa Kasih Sayang, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Menumpahkan Maka...
assalamualaikum...
jom baca!!!
• Ketika Berusia Setahun, Ibu Suapkan Makanan Dan Mandikan Kita. Cara
Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Hanyalah Dengan Menangis Sepanjang
Malam.
• Apabila Berusia 2 Tahun, Ibu Mengajar Kita Bermain, Kita Ucapkan
Terima Kasih Dengan Lari Sambil Ketawaterkekeh Kekeh Apabila Dipanggil.
• Menjelang Usia Kita 3 Tahun, Ibu Menyediakan Makanan Dengan Penuh
Rasa Kasih Sayang, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Menumpahkan Makanan Ke
Lantai.
• Ketika Berusia 4 Tahun, Ibu Membelikan Sekotak Pensel Warna, Kita
Ucapkan Terima Kasih Dengan Menconteng Dinding.
• Berusia 5 Tahun, Ibu Membelikan Sepasang Pakaian Baru, Kita Ucapkan
Terima Kasih Dengan Bergolek-Golek Dalam Lopak Kotor.
• Setelah Berusia 6 Tahun, Ibu Memimpin Tangan Kita Ke Sekolah, Kita
Ucapkan Terima Kasih Dengan Menjerit : "Tak Nak! Tak Nak!"
• Apabila Berusia 7 Tahun, Ibu Belikan Sebiji Bola. Cara Mengucapkan
Terima Kasih Ialah Kita Pecahkan Cermin Tingkap Jiran.
• Menjelang Usia 8 Tahun, Ibu Belikan Aiskrim, Kita Ucapkan Terima
Kasih Dengan Mengotorkan Pakaian Ibu.
• Ketika Berusia 9 Tahun, Ibu Menghantar Ke Sekolah, Kita Ucapkan
Terima Kasih Kepadanya Dengan Ponteng Kelas.
• Berusia 10 Tahun Ibu Menghabiskan Masa Sehari Suntu Menemankan Kita
Ke Mana Saja, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Tidak Bertegur Sapa
Dengannya.
• Apabila Berusia 12 Tahun, Ibu Menyuruh Membuat Kerja Sekolah, Kita
Ucapkan Terima Kasih Dengan Menonton Televisyen.
• Menjelang Usia 13 Tahun, Ibu Suruh Pakai Pakaian Yang Menutup
Aurat, Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Memberitahu Bahawa Pakaian
Itu Tidak Sesuai Zaman Sekarang.
• Ketika Berusia 14 Tahun, Ibu Terpaksa Mengikat Perut Untuk Membayar
Wang Persekolahan Dan Asrama, Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan
Tidak Menulis Sepucuk Surat Pun.
• Berusia 15 Tahun, Ibu Pulang Daripada Kerja Dan Rindukan Pelukan
Dan Ciuman, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Mengunci Pintu Bilik.
• Menjelang Usia 18 Tahun, Ibu Menangis Gembira Apabila Mendapat Tahu
Kita Diterima Masuk Ke Ipta, Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan
Bersuka Ria Bersama Kawan-Kawan.
• Ketika Berusia 19 Tahun, Ibu Bersusah Payah Membayar Yuran
Pengajian, Menghantar Ke Kampus Dan Mengheret Beg Besar Ke Asrama, Kita
Hanya Ucapkan Selamat Jalan Pada Ibu Di Luar Asrama Kerana Malu Dengan
Kawan-Kawan.
• Berusia 20 Tahun, Ibu Bertanya Sama Ada Kita Ada Teman Istemewa,
Kita Kata, "? Itu Bukan Urusan Ibu."
• Setelah Berusia 21 Tahun, Ibu Cuba Memberikan Pandangan Mengenai
Kerjaya, Kita Kata, "Saya Tak Mahu Jadi Seperti Ibu."
• Apabila Berusia 22-23 Tahun, Ibu Membelikan Perabot Untuk Rumah
Bujang Kita. Di Belakang Ibu Kita Katakan Pada Kawan-Kawan?."Perabot Pilihan
Ibu Aku Tak Cantik, Tak Berkenan Akuuu!"
• Menjelang Usia 24 Tahun, Ibu Bertemu Dengan Bakal Menantunya Dan
Bertanyakan Mengenai Rancangan Masa Depan, Kita Menjeling Dan Merungut,
"Ibuuu, Tooooolonglahhh?
.
• "Ketika Berusia 25 Tahun, Ibu Bersusah Payah Menanggung
Perbelanjaan Majlis Perkahwinan Kita. Ibu Menangis Dan Memberitahu Betapa
Dia Sangat Sayangkan Kita Tapi Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan
Berpindah Jauh.
• Pada Usia 30 Tahun, Ibu Menelefon Memberi Nasihat Dan Petua
Mengenai Penjagaan Bayi, Kita Dengan Megah Berkata, "?Itu Dulu, Sekarang
Zaman Moden.
• Ketika Berusia 40 Tahun, Ibu Menelefon Mengingatkan Mengenai
Kenduri-Kendara Di Kampung, Kita Berkata, "Kami Sibuk, Tak Ada Masa Nak
Datang.
•Apabila Berusia 50 Tahun, Ibu Jatuh Sakit Dan Meminta Kita
Menjaganya,Kita Bercerita Mengenai Kesibukan Dan Kisah-Kisah Ibu Bapa Yang
Menjadi Beban Kepada Anak-Anak.
•Dan Kemudian Suati Hari, Kita Mendapat Berita Ibu Meninggal! Khabar
Itu Bagaikan Petir! Dalam Lelehan Air Mata, Barulah Segala Perbuatan Kita
Terhadap Ibu Menerpa Satu Persatu.
Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa